Kalau Ada Jodoh Sekalipun Saya Nak Cari Yang ‘Level-Level’ Saya Jer – Datuk Seri Vida

Tiada  angin tiada ribut… tiba-tiba timbul kembali gosip kononnya usahawan kosmetik Datuk Seri Vida bakal mengakhiri zaman janda dengan bekas pembantu peribadi.

Menafikan khabar angin tersebut, Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata sehingga kini dia masih belum terfikir untuk kembali memegang status isteri orang.

Menurut Vida, 50, dia masih trauma dengan perkahwinan terdahulu dan perlu lebih berhati-hati dalam memilih bakal suami.

” Memang ramai yang nak tengok saya berpasangan, mereka kata apabila berkahwin itu akan melengkapkan kehidupan saya.

” Tak kurang juga ada pengikut minta saya tumpu pada anak-anak sahaja. Sejujurnya pilihan ke arah hidup berpasangan itu memang ada.

” Tapi saya takut, rasa trauma dengan perkahwinan dahulu. Itu membuatkan saya lebih berhati-hati… nak kata serik pun ya juga,” katanya kepada mStar.

Pada Rabu lalu, tular rakaman siaran langsung di laman Instagram antara Vida dan rakannya Datuk Seri Aliff Syukri.

Dalam rakaman video itu, Aliff mengusik Vida kononnya usahawan itu akan berkahwin dengan bekas pembantu peribadi, Ahmad Iqbal Zulkefli.

Ini bukanlah kali pertama kerana sebelum ini Vida dan Iqbal pernah menjadi perbualan hangat netizen pada tahun 2017.

Namun kedua-duanya menafikan mengenai khabar angin tersebut dan menjelaskan hubungan mereka hanya sekadar pekerja dan majikan.

Sementara itu, menerusi Instagram, Vida berkata dia mahu mencari bakal suami yang setaraf dan memiliki kewangan yang kukuh.

” Buat masa ini saya tak terfikir pun nak kahwin lagi. Anak-anak, keluarga dan perniagaan merupakan keutamaan saya.

” Kalau ada jodoh sekalipun saya nak cari yang level-level saya, maksudnya daripada segi umur, pengalaman, kaya of course (semestinya),” ujarnya.

Apa tugas Iqbal sebenarnya?

Sementara itu menerusi perkongsian di Instagram Ahmad Iqbal, beliau menjelaskan apa tugas beliau sebenarnya yang juga pembantu peribadi Datuk Seri Vida.

Menurut Iqbal, pada awalnya DS Vida tugaskan beliau sebagai video/jurugambar untuk muatnaik ke media sosial setiap hari.

” Setelah diuji, saya ditambah jawatan sebagai Pegawai Peribadi / Setiausaha Sulit yang sering bersama beliau setiap masa.

” Namun, pada masa sama beliau ada P.A lain, perempuan; yang amat banyak memudahkan urusan serta menutup kelemahan saya.

” Setahun bekerja, saya digosipkan dengan DSV, lalu DSV mengumumkan saya ditambah lagi jawatan sebagai Pegawai Pemasaran. Sejak itu, saya sentiasa ke pentas. Mengajarkan erti kasih sayang dan menghormati” ujar Iqba;.

Vida sebelum ini pernah berkahwin sebanyak tiga kali, namun semuanya berakhir dengan pencraian.

Hasil perkahwinan pertama dengan Mohd Amin Yasin mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Bagaimanapun, anak pertama dan kedua mereka meninggI dnia dalam kjdian keb4karan rumah pada 3 Ogos 2013.

Vida kini membesarkan dua lagi anaknya iaitu Nur Edlynn Zamilleen atau lebih dikenali sebagai Cik B, 16, dan Eric Zaquan, 14.

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*