‘Saya Sukar Mendekati Isteri Yg Baru Dinikahi’ – Pngakuan Jalaluddin Hassan, Mudah Dingin Terhadap Isteri

Pesona dimiliki pelakon veteran popular, Datuk Jalaluddin Hassan boleh dianggap satu dalam sejuta.

Suara romantis, renungan mata, bahasa tubuh, tutur bicara dan penampilan sentiasa segak membuatkan aktor berpengalaman selama hampir tiga dekad ini terus kekal sebagai bintang.

Namun, perwatakan romeo yang cukup sinonim dengannya meletakkannya dalam liga tersendiri.

Lebih membanggakan, anak tokoh agama terkenal, Allahyrham Tan Sri Hassan Azhari itu masih laris dan menjadi buruan produksi drama, filem dan duta produk serta iklan pada usia 68 tahun.

Berkongsi cerita tentang isteri

Berkongsi kisah mengenai Almarhum bapa, Jalaluddin mendedahkan perkahwinan kedua selepas kem4tian isterinya pada 2016 bukan atas kehendak diri sebaliknya bagi memenuhi permintaan bapanya itu.

Menurut Jalaluddin, Allahyrham bapanya yang mencarikan jodoh buat dirinya dan memperkenalkan Rapidah Abdul Ghani, 49, sebelum mereka melangsungkan perkahwinan pada 2017.

” Saya membuat keputusan untuk berkahwin kerana bapa saya. Arwh yang mencarikan jodoh selepas kem4tian isteri enam tahun lalu,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut kisah tersebut, Jalaluddin berkata, disebabkan perkara itu juga dia mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri bersama Rapidah selepas mereka berkahwin.

Ambil masa 4 tahun sebelum jatuh cinta dengan isteri

Malah kata pelakon itu, pada awal perkahwinan dia langsung tidak dapat melupakan Allahyrham isterinya dan tidak boleh menerima kehadiran Rapidah dalam hidupnya.

” Saya mengambil masa lebih kurang empat tahun sebelum benar-benar dapat menerima Rapidah dalam hidup saya.

” Sebelum ini, setiap kali bayangan arwh isteri datang, saya jadi sukar mendekati isteri yang baru dinikahi. Kalau dia buat silap sedikit pun, saya mudah dingin terhadapnya,” kata Jalaluddin.

Bagaimanapun kesabaran Rapidah sepanjang tempoh itu membuatkan dia mula jatuh cinta terhadap wanita itu.

Jalaluddin menyifatkan isterinya itu seorang wanita yang ikhlas menyayanginya selain tetap setia berada di sampingnya pada waktu suka dan duka.

” Walaupun saya sudah tinggal lama di kawasan perumahan kami, tetapi jiran-jiran lebih mengenali isteri berbanding diri saya.

” Isteri saya gemar memasak malah kalau dia temani saya ke lokasi penggambaran, ramai yang selesa dengan dia kerana sering dijamu dengan hidangan enak.

” Selain kesabaran dan kesetiaanya, personaliti dia yang mudah mesra dan pandai memasak membuatkan saya jatuh cinta kepadanya,” ujar beliau.

Untuk rekod, Jalaluddin berkahwin dengan Rapidah pada 12 November 2017 dan sah bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan itu diadakan di Masjid Bandar Tun Hussien Onn selepas setahun kem4tian Hashimah Mad Ehsan pada 4 November 2016.

Hashimah meninggI dnia selepas mengalami komplikasi selepas menjalani pembdahan saluran jntung di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM.

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*