Baru Je Tersingkir Malam Tadi, Sekali Ifa Raziah Beri Satu Ayat Makan Dalam Buat Mereka Yg Gelakkan Dia

” Saya akur tersingkir pada minggu ini.”

Demikian luahan penyanyi Ifa Raziah setelah namanya diumum tersingkir program realiti, Terpaling Juara malam tadi.

Meskipun sudah menunjukkan perubahan menerusi persembahan sehingga meraih komen positif pihak juri, namun ia masih belum cukup untuk menyelamatkan Ifa Raziah daripada menjadi peserta pertama tersingkir.

Ifa berkata, dia akur dengan keputusan tersebut kerana merasakan dirinya sudah memberikan yang terbaik sepanjang menyertai program terbabit.

” Tadi Datuk Hattan ada berjumpa dengan saya dan dia mengatakan, undian online saya rendah tetapi markah daripada pihak juri adalah tinggi.

” Mungkin para peminat saya semua hadir ke sini malam ini dan mereka tak sempat nak mengundi.

” Bagaimanapun, saya dah buat yang terbaik. Saya dah kata sejak awal, sama ada tersingkir atau mara ke pusingan akhir, saya tetap Ifa Raziah.

” Rezeki Allah itu luas dan bukan di sini sahaja. Dekat luar sana ada banyak lagi rezeki lain.

” Mungkin Allah nak tunjuk yang perjalanan saya hanya sampai di sini sahaja tapi dia nak bagi lebih lagi daripada apa yang saya dapat di sini,” katanya kepada MH.

Ifa yang membawakan lagu Purnama dendangan asal kapten pasukannya, Naim Daniel berkata sedemikian selepas tamat saingan Terpaling Juara, malam tadi.

Ayat makan dalam Ifa Raziah buat yang ketawakan dia

Katanya lagi, dia akan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa walaupun ada pihak yang bergembira dengan penyingkirannya itu.

” Semua ini bukan pengakhiran tetapi satu permulaan yang baru dan baik untuk saya.

” Mungkin ada yang ketawa, bertepuk tangan atau bersorak kerana saya tersingkir tetapi ia tidak mematahkan semangat saya.

” Saya tetap di sini, berdiri teguh dan masih relavan di dalam industri. Orang masih lagi memanggil saya untuk buat persembahan, berlakon dan mengacara.

” Yang ketawakan saya itu, hidup mereka masih sama sahaja.

” Saya okay sahaja bila ada orang yang tak suka atau membenci saya. Saya berterima kasih kerana mereka ini yang memberikan promosi percuma kepada saya.

” Terima kasih kerana kini saya makin dikenali, diperkatakan dan dipertikaikan. Reda itu penting. Kalau tak reda, hati kita tak akan tenang,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Ifa turut menyifatkan minggu ini sebagai minggu yang penuh hikmah di dalam hidupnya.

” Saya sifatkan minggu ini sabagai minggu yang penuh hikmah. Pertama, saya dapat mengenali guru vokal, Shaffiq Erwin secara lebih dekat.

” Saya juga minta dia sendiri untuk betulkan kelemahan nyanyian saya.

” Yang kedua, pendakwah, Ustazah Asma Harun datang sendiri berjumpa dengan saya setelah menyelar diri saya sebagai seorang yang istijraj.

” Seorang pendakwah datang memohon maaf kepada saya.

” Mungkin pada mata orang saya ini h1na tapi mungkin tidak dipandangan Allah SWT,” akhirinya.

Terdahulu, pada konsert minggu keempat ini, penyanyi, Hazami seakan bangkit daripada tidur apabila persembahan mantapnya menerusi lagu Mewangi dipilih sebagai persembahan terbaik sekaligus membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000.

Terpaling Juara dihoskan oleh gandingan pengacara Shiha Zikir dan Haziq Hussni manakal posisi juri tetap pula disandang oleh dua penyanyi lagenda tanah air iaitu Datuk Hattan dan Fauziah Latif.

Sebelum ini, kemunculan Ifa Raziah menerusi program realiti Terpaling Juara minggu ketiga sekali lagi mencuri perhatian penonton apabila penyanyi itu didakwa telah merosakkan lagu nyanyian asal Ella, Sepi Sekuntum Mawar Merah.

Menerusi persembahan itu, nyanyian Ifa dilihat sumbang selain dilihat tidak selesa dengan pakaian yang digayakan sehingga terpijak bahagian kaki gaunnya.

Disebabkan itu, Ifa menerima komen pedas daripada salah seorang juri iaitu Datuk Hattan yang bertanya perkara menggangu fikirannya pada persembahan tersebut.

Malah rata-rata netizen turut bersetuju persembahan Ifa pada malam Ahad itu tidak memuaskan dan tidak sepatutnya menyalahkan busana sebagai punca nyanyiannya sumbang.

” Baju pula disalahkan. Aduhai. Dah pengalaman patut boleh biasakan diri tapi baju juga yang disalahkan.” tulis warganet.

Sumber:mediahiburan dan mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*