Pngakuan Terbaru Ibu Puteri Balqis Dan Ini Bakal Terjadi Setelah Tawaran Berlakon Drama Ditarik

Berita tentang pelakon remaja Puteri Balqis sering menjadi perhatian orang ramai sejak kisahnya memilih menulis puisi dan menjualnya di jalanan bagi menampung kehidupannya seharian sekitar tahun 2020.

Pemenang Pelakon Wanita Terbaik (Drama) pada Anugerah Televisyen Asia 2014 itu bersama ibunya, Norashikin Mohd Aziz berulang-alik dari rumah mereka di Setia Alam, Selangor ke beberapa lokasi di ibu negara untuk menjual buku ‘38 Poems Of Puteri Balqis’ hasil nukilan sendiri ketika menanggung pnyakit m1steri sebelum ini.

Katanya, kehidupannya ketika itu hanyalah bersama ibunya setiap hari menjual buku setebal 27 muka surat itu sama ada di Masjid Jamek, Masjid India, Pasar Seni atau Jalan Petaling di ibu negara sebagai mata pencarian walaupun sebelum ini bergelar bintang dalam industri hiburan tanah air.

Sejak itu pelbagai pihak tampil termasuk penerbit dan pengarah drama yang prihatin mahu membantu Puteri Balqis atau Aqish untuk kembali menyinar dalam industri lakonan.

Segalanya seakan berjalan lancar, Aqish mula membintangi beberapa drama sejak tahun 2022.

Bagaimanapun kntroversi kembali menyelubungi Aqis apabila dia tampil membuat pendedahan mendakwa dia dan ibunya pernah menjadi mangsa perbuatan buruk bapanya di dalam satu program di saluran YouTube.

Difahamkan bapa Aqish sudah ditahan pihak polis.

Nama Aqish digugurkan dari drama

Namun sejak pendedahan itu hangat diperkatakan, tiba-tiba nama Aqish digugurkan daripada membintangi drama untuk sebuah stesen televisyen swasta.

Bercakap tentang perkara itu, ibu pelakon itu, Norashikin Mohd Aziz berkata akibat isu yang tular dan hangat berkenaan, anak tunggalnya terpaksa akur kehilangan tawaran kerja untuk penggambaran drama 14 episod.

Ibu risau jualan buku Aqish perlahan

” Sedih nak beritahu, tawaran kerja untuk drama 14 episod bagi tayangan di sebuah stesen televisyen swasta ditarik balik dan nama Aqish digugurkan.

” Biasalah, kes tengah viral (tular) dan apa yang saya bimbang adalah masa depan kerjaya seni Aqish selepas ini. Selain itu, risau juga dengan jualan bukunya yang agak perlahan,” katanya.

Punca pendapatan bergantung pada tawaran berlakon

Menurut Norashikin, sumber pendapatan untuk menyara hidup mereka dua beranak adalah berdasarkan tawaran lakonan diterima Puteri Balqis dan hasil jualan buku, 38 Poems of Puteri Balqis.

” Walaupun hati ini bimbang memikirkan nasib kami dan kerjaya seni Aqish, tapi saya sentiasa percaya pada rezeki yang diaturkan oleh Allah untuk kami dua beranak.

” Saya cuma risau saja. Tapi, Alhamdulillah kami masih lagi dikelilingi oleh orang-orang yang baik dan amat membantu.

” Syukur sangat, sebab itu sudah memadai untuk saya terus kuat dengan dugaan ini,” katanya.

Terdahulu, Puteri Balqis secara terbuka dan berani membuat pendedahan mendkwa dia dan ibunya pernah menjadi mngsa perbuatan burvk bapanya di dalam satu program di saluran YouTube.

Menafikan dkwaan itu, bapa Puteri Balqis difahamkan sudah membuat Iaporan poIis di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah.

Selain itu, Puteri Balqis juga difahamkan sudah membuat laporan polis berhubung dakwaannya di Balai Polis Sri Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada Isnin lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, lelaki berusia 43 tahun itu ditahan di Kedah, 2.25 petang semalam.

Katanya, polis turut merampas telefon bimbit dari sus-pek dan dihantar ke Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dianalisa.

” Saringan ujian air kenc1ng ke atas sus-pek adalah negat1f serta tidak mempunyai sebarang rek0d lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sus-pek dibawa ke Majistret Mhkamah Shah Alam untuk permohonan rem4n sebelum reman dibenarkan sehingga 12 September ini.

” Sus-pek direm4n sehingga Isnin depan untuk s1asatan lanjut,” jelasnya.

Sumber:hmetr0

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*