Hishammuddin Umum Satu Berita Gembira Hari Ini, Beri Bayangan Bila Rentas Negeri Akan Dibenarkan

Semalam, Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein menerusi satu laporan berkata kebenaran merentas negeri tidak termasuk dalam senarai pengurangan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Katanya keputusan berkaitan kebenaran merentas negeri perlu diteliti oleh Jawatankuasa Khas Pengurusan Pndemik yang dipengerusikan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

” Rentas negeri ada kaitan dengan fasa-fasa dalam PPN negeri-negeri yang berkenaan.

” Tapi syor datang daripada menteri bertanggungawab untuk sektor tertentu dan kemudian dipertimbangkan di pelbagai peringkat termasuk Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Pndemik, serta dalam Mesyuarat Menteri Kuartet COVlD-I9,” katanya.

Hishammuddin berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau program vaks1nasi Back To School di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn di Kuala Lumpur pada Isnin. Turut hadir Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin.

Terkini, rentas negeri akan dipertimbang hujung Oktober

Sementara itu, memetik laporan portal mstar hari ini, kebenaran merentas negeri secara menyeluruh akan dipertimbangkan pada akhir Oktober sekiranya negara memasuki fasa endemik.

Berita yang dinantikan itu dimaklumkan sendiri oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Jelas beliau, dia berharap kelonggaran tersebut dapat difikirkan secara mendalam pada masa terdekat.

” Usaha kerajaan membawa negara ke fasa endemik yang dijangka pada akhir Oktober ini tentunya merangkumi kebenaran untuk merentas negeri.

” Paling utama kita tidak mahu perkara itu menyebabkan jangkitan COVlD-I9 menular ke kawasan yang sebelum itu mungkin tidak ada risiko ekoran perjalanan besar-besaran daripada destinasi yang agak berisiko,” katanya.

Tambah Hishammuddin lagi, oleh yang demikian, kerajaan perlu berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan untuk melihat fasa endemik pada hujung Oktober depan.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Bilik Media Parlimen pada Selasa.

Hishammuddin turut berkata, peralihan ke fasa endemik bergantung kepada perkembangan program vaksinasi.

” Pertimbangan bagi aktiviti rentas negeri juga merangkumi keupayaan fasiliti kesihatan bagi negeri-negeri terlibat.

” Ketika ini kebenaran merentas negeri hanya dibenarkan bagi perkara-perkara tertentu melibatkan individu yang telah lengkap divaksin.” ujarnya.

Hurai beliau lagi, kebenaran semasa termasuk pelaksanaan gelembung pelancongan di Langkawi, kebenaran bagi pasangan suami isteri jarak jauh dan ibu bapa yang mahu melawat anak di bawah 18 tahun.

Terdahulu, Iarangan rentas negeri dilaksanakan sejak Mei ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Pada 14 Sept, Hishammuddin mengumumkan kerajaan kini di peringkat akhir untuk mengurangkan SOP PPN hanya kepada 10 SOP berbanding 181 sekarang bagi memudahkan orang ramai untuk memahaminya.

Dalam pada itu, Pulau Pangkor, Pulau Redang dan Pulau Tioman antara destinasi pelancongan yang dijangka akan dibuka kepada orang ramai dalam masa terdekat.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pembukaan lebih banyak destinasi pelancongan adalah sebagai usaha merancakkan semula industri pelancongan.

Menurutnya, pelancongan menjadi antara industri yang paling terjejas tervk akibat pndemik COVlD-I9 sejak lebih setahun lalu.

” Kerajaan sudah menyediakan pelbagai bantuan bagi meringankan kepayahan penggiat industri pelancongan melalui pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan sebelum ini.

” Kementerian sendiri turut melaksanakan inisiatif bukan kewangan untuk membantu syarikat pengendali pelancongan seperti Kelonggaran Berkaitan Kompaun, Pengecualian Fi Kepada Pengusaha Pelancongan dan Kelonggaran Syarat Lesen Kepada Pengusaha Pelancongan,” katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan dikemukakan Tan Kok Wai (PH-Cheras) yang mahu mengetahui sejauh manakah perhatian diberikan kepada kesengsaraan yang dihadapi oleh industri pelancongan dan sama ada strategi berkesan dilaksanakan untuk menyelamatkan industri ini yang terkesan teruk akibat pndemik COVlD-I9.

Sumber:mstar dan hmetr0

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*