Baru Je Seminggu Ikut Suami Balik AS, Sekali Lana Nordin Cerita Keadaan Dan Apa Yg Dia AIami Kat Sana

Seperti pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri sering digunakan untuk memberitahu sehebat mana pun sesebuah negara itu, negara sendiri juga yang menjadi pilihan di hati.

Namun, pelakon sensasi Lana Nodin mengakui buat masa ini, dia memilih untuk lebih mengharagi negara luar (Amerika Syarikat) berbanding Malaysia kerana berasa lebih bebas ketika berada di sana.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Lana atau nama lengkapnya Mazlina Hassan Nordin, 41, berkongsi kegiatannya di negara Uncle Sam itu apabila bebas untuk membeli-belah tanpa sebarang sekatan atau diskr1minasi.

” Orang kata hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

” Tapi maaf ya, quote anda bagi ini, buat masa sekarang saya lebuh memilih ‘hujan emas’ (Amerika Syarikat) sebab dah lama tak dapat membeli-belah seperti ini,” ujarnya.

Kata pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu lagi, hantaran tersebut adalah pilihannya sendiri tanpa ada niat prov.0kasi atau diskr1minasi.

” Tiada diskr1minasi dan kebebasan hak memilih itu yang penting,” katanya.

Pandangan dan pilihan Lana turut disokong oleh pengikutnya dalam Instagram apabila berpendapat situasi di Malaysia sangat berbeza dengan luar negara dalam mengekang penularan COVlD-I9 apabila banyak sekatan dikenakan untuk rakyat di negara ini.

” Dekat sini (Malaysia ) bukan hujan sahaja, mulut petir ntizen pun menjadi-jadi. Sak1t hati sangat dengan orang tak vksin,” ujar seorang pengguna Instagram.

” Sini budak kecil semua tidak boleh keluar. Kasihan terperuk dalam rumah sahaja,” kata seorang lagi pengikutnya.

” Tadi nak masuk kedai beli baju tak lepas. Atas bawah pekerja kedai tengok saya. Okeylah, tidak mengapa kalau tak bagi masuk,” kongsi seorang ntizen.

Terdahulu, pelakon yang terkenal dengan jolokan Pamela Anderson Malaysia menjadi buah mulut ntizen apabila mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah, Ogos lalu.

Dia turut dituduh sebagai antivksin dan cuba menghasut orang lain dengan mempersoalkan keberkesanan vksin COVlD-I9.

Lana turut menegaskan dia bukan golongan ant1vksin seperti yang dilabel dan tetap akan mengambilnya tidak lama lagi di AS.

Untuk rekod, Lana dan keluarganya kini berada di AS sejak Sabtu lalu dan bakal pulang ke Malaysia selepas semua urusan keluarga sebelah suaminya selesai kelak.

Minggu lalu, Lana sekeluarga berlepas pulang ke AS iaitu negara asal suaminya, David McKienzie.

Menurut Lana, dia berkongsi vdeo itu bagi memberi menjawab kata-kata orang ramai terhadapnya dan membuat spekulasi kononnya beliau ant1vksin.

Malah ramai berkata mustahil Lana boleh balik AS kerana dirinya belum mendapat vksin.

” Ada yang kata oh dia tak lepas airport (lapangan terbang) apa lagi berjaya ke nak balik AS. Di AS sana lagi teruk semua tak boleh, dine in (makan di kedai) ke, riadah ke masuk mall (pusat beli belah) ke atau masjid.

” Okey ini vdeo khas untuk korang, jangan DM (mesej) aku tanya itu ini, tengok dan nilai sendiri.

” Kau orang yang dalam Facebook dan portal yang sibuk mengata aku, sibuk suruh aku balik AS siap halau aku dari negara aku sendiri, okey ni aku balik,” tulisnya.

Sumber:k0smo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*