Cecah Usia 55 Tahun, Penampilan Terkini Hero Telenovela ‘Rosalinda’ Jadi Bualan. Gagah Tayang Badan Sado

Masih ingat dengan telenovela popular dari Amerika Latin berjudul Rosalinda yang menjadi kegiIaan penonton Malaysia pada tahun 2000?

Pasti ramai kat sini yang pernah skip sekolah petang gara-gara nak tengok telenovela Rosalinda. Penulis turut akui pernah buat benda yang sama semata-mata nak tengok kisah percintaan tragis Rosalinda dengan Fernando Jose!

Disebabkan drama dari Mexico ni jadi hit di stesen TV, nama pelakon utama Thalia tiba-tiba meningkat naik dan menjadi kegiIaan rakyat Malaysia.

Tambahan pula pelakon ni memang jelita dan lemah lembut orangnya.

Namun bukan hanya Thalia, si heroin yang berjaya memenangi hati rakyat Malaysia, bahkan hero yang bergandingan bersamanya dalam Telenovela tersebut juga tidak ‘kalah’ dari segi populariti.

Pastinya kerana lakonan yang mantap di samping wajah tampan ketika itu berjaya mencairkan hati di kalangan peminat terutama golongan wanita.

Terbaharu penampilan terkini hero drama berkenaan iaitu Fernando Carillo mencuri tumpuan peminat.

Memasuki usia 55 tahun, Fernando yang membawa watak Fernando Jose Altamirano del Castillo dalam drama bersiri itu dilihat semakin gagah dan bahagia menimang cahaya mata kedua yang kini berusia lima bulan.

Berketinggian 6 kaki, Fernando bukan sahaja memiliki tubuh yang sado tetapi juga mempunyai beberapa ukiran tatu istimewa di badannya.

Meskipun usia semakin meningkat, Fernando berkata itu tidak menjadi penghalang untuk dia untuk kekal aktif dan sihat seperti lelaki muda lain.

Malah, menerusi Instagram, Fernando kerap memuat naik foto menyertai aktiviti sihat seperti bersenam.

Penampilan terakhir Fernando di arena lakonan menerusi drama No Fear Of Truth dan filem Bendecidas.

Aktor kelahiran Venezuela ini menetap di Mexico bersama isteri, Maria Gabriela Rodriguez (gambar bawah) dan bayinya yang dilahirkan pada Mac lalu.

Menerusi perkahwinan pertama dengan Catherine Fulop, Fernando memiliki seorang anak bernama Angel Gabriel Carrillo yang kini berusia 13 tahun.

Fernando dan Catherine mula berpacaran selepas terbabit dalam cinta lokasi ketika penggambaran drama Abigail, salah satu sinetron Amerika Selatan yang paling popular pada tahun 1980-an.

Mereka bagaimanapun berpisah pada tahun 1988.

Fernando bersama isteri, Maria Gabriela Rodriguez dan bayi mereka.

Fernando Carrillo profil

Fernando Carrillo dilahirkan di Caracas, Venezuela pada 6 Januari 1966. Pelakon dan bintang pop Venezuela terkenal dengan peranan utamanya dalam pelbagai telenovela, termasuk Abigail, Maria Isabel, dan Rosalinda.

Dia mula muncul dalam filem pada tahun 2004. Setelah menghabiskan masa belajar di London, dia kembali ke negara asalnya Venezuela untuk belajar di Central University of Venezuela.

Di negara kelahirannya beliau dikenali sebagai Pelakon TV yang berjaya dan merupakan antara senarai Pelakon TV Paling Popular.

Berdasarkan semakan dan laporan dari Forbes, Fernando mempunyai aset kekayaan bernilai antara 1 juta – 5 juta USD. Kebanyakan aset dikumpul melalui pembabitan sebagai pelakon profesional.

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*