Fousiah Gous Akhirnya Buka MuIut Dkwaan Datuk PaIsu, ‘Saya Bukan Berkahwin Dgn Sug4r Daddy!’

” Suami saya ada watikah, kad dan hitam putih,”

Demikian penjelasan selebriti dan usahawan, Datin Fouziah Gous berhubung dkwaan ‘Datuk paIsu’ yang dikaitkan dengan status gelaran suaminya, Datuk Zhafran Md Yusof.

Menurut Fouziah, tiada keperluan untuk suaminya membuktikan gelaran kerana mempunyai segala dokumen dan watikah yang diterima daripada Istana Pahang pada 2016.

Dan sekiranya gelaran paIsu, tidak mungkin boleh digunakan untuk tujuan rasmi.

” Takkan kami nak tunjuk watikah pada semua orang sebab zaman sekarang orang suka manipulasi banyak benda. Banyak benda sensitif saya takut nak cakap lebih-lebih.

Saya bukan berkahwin dengan ‘sug4r daddy’

” Awak nak buat pasport atau kad pengenalan, adakah senang-senang gelaran boleh diletakkan? Tepuk dada tanya diri sendiri, kenapa ia boleh?

” Saya pernah bergurau dengan suami berhubung gelaran ini, tetapi apabila difikirkan, bagaimana boleh lepas di Jabatan Imigresen.

” Saya bukan berkahwin dengan ‘sug4r daddy’. Saya berkahwin dengan insan yang mencari duit bersama saya.

” Kami saling membantu mencari apa yang diimpikan,” katanya kepada BH Online.

Fouziah ditemui pada program Majlis Bicara Inspirasi Nona di sebuah hotel di sini, petang tadi.

Tambah Fouziah lagi, suaminya menerima jemputan Istana Pahang pada 2016, namun, hanya menghadiri pertabalan pada penghujung 2017.

Justeru, Fouziah meminta orang ramai yang mempertikaikan gelaran datuk menyemak semula perkara itu kepada pihak bertanggungjawab.

” Jika ia tidak dipaparkan dalam sistem, kenapa tanya kami? Sudah tentu kami pun nak tahu bagaimana ia boleh terjadi, tetapi takkan nak terus terjah.

” Kita kena ada adab dan saya pasti ramai lagi memiliki gelaran, tetapi nama tiada dalam sistem.

” Takkan kami nak tunjuk semua dokumen dan watikah, seolah-olah mempersoalkan kredibiliti sistem yang ada,” katanya.

Sementara itu, Fouziah meluahkan rasa terkiIan dengan apabila ditudvh membisu berhubung gelaran ‘Datuk paIsu’ yang dijadikan tajuk akhbar utama.

” Saya sedih, maIu dan terkiIan apabila ada media yang mengeluarkan tajuk sedemikian. Saya bukan nak membisu, tetapi saya ambil masa bertenang sebelum menjawab.

” Saya tak lari lari daripada media, cuma saya kecewa dkwaan mengatakan saya membisu.

” Kali pertama akhbar ini mengatakan saya membisu mungkin saya terima. Namun, hari esoknya tajuk sama digunakan.

” Rasanya tndakan ini tak patut. Tajuk ini membuatkan satu Malaysia memberi pandangan negatif kepada saya,” katanya.

Kata Fouziah, dia berada di Johor Bahru bagi menjayakan sebuah festival ketika pihak media menghubunginya untuk menjawab dkwaan itu.

Terdahulu, isu gelaran did4kwa ‘Datuk paIsu’ dikaitkan dengan suami penyanyi, Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sehingga tular.

Difahamkan, isu itu susulan perkongsian individu dalam Facebook mengenai gelaran Datuk Seri dimiliki Mahadi tidak tersenarai dalam sistem istiadat.

Selain itu, nama Fouziah dan Datin Paduka Eina Azman turut terpaIit dalam isu berkenaan.

Sumber:bharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*