Baru Jer Semalam Umum Dh Boleh Rentas Negeri, Sekali Ini Yang Dapat Dilihat di Plaza Tol Pagi Tadi

Semalam, kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada Keluarga Malaysia yang sudah menerima vksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri bermula hari ini.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pergerakan itu boleh dilakukan tanpa memerlukan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

” Alhamdulillah, menurut Kementerian Kesihatan (KKM) kadar vksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi COVlD-I9 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus.

” Bagaimanapun, data terkini akan dikemas kini di laman sesawang COVlDNOW pada tengah malam ini,” katanya pada sidang media hari ini.

Serentak itu, katanya, Keluarga Malaysia dibenarkan untuk melakukan aktiviti pelancongan ke mana-mana negeri, selain bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang sudah lama berpisah dan sebagainya.

” Inilah sebenarnya yang ditunggu-tunggukan masyarakat seperti saya sebutkan di peringkat awal tadi, kita terpaksa tegas dari segi soal rentas negeri ini.

” Seperti dijanjikan, mulai esok (hari ini) bolehlah rakyat Malaysia melakukan pergerakan rentas negeri.

” Saya percaya ramai tunggu pengumuman ini kerana terlalu ramai yang sudah terlalu rindu untuk pulang ke kampung bertemu ibu bapa, keluarga dan sebagainya. Jadi Keluarga Malaysia sudah bebas lakukan perjalanan pulang ke kampung.

” Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Keluarga Malaysia atas kerjasama diberikan selama ini dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan menyokong kempen imunisasi COVlD-I9,” katanya.

Sehari umum rentas negeri dibenarkan, Plaza Tol Gombak masih lengang

Sementara itu, Plaza Tol Gombak yang menjadi pintu keluar utama warga kota menuju ke destinasi sekitar pantai timur dilaporkan masih lenggang dan terkawal setakat pukul 11 pagi hari ini.

Berdasarkan tinjauan Kosm0! bermula pukul 10 pagi tadi, aliran keluar trafik di plaza tol itu dilihat terkawal dan hanya beberapa kenderaan sahaja melaluinya untuk ke destinasi pantai timur.

Berdasarkan sumber, aliran trafik di plaza tol tersebut dijangka meningkat bermula Rabu ini dan ia dijangka berlarutan hingga hujung minggu ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, Keluarga Malaysia dinasihat agar tidak bersikap sambil lewa terhadap kelonggaran perjalanan rentas negeri yang diberikan.

” Ini penting dalam usaha membantu negara dalam pembukaan semula ekonomi dan persediaan menjalani kehidupan fasa endemik dengan selamat atau #ReopeningSafely.

” Jika hal ini diambil mudah, tidak mustahil penularan wabak COVlD-I9 ini akan kembali meningkat. Anda kini adalah barisan hadapan yang akan melindungi keluarga dan komuniti daripada jngkitan virus COVlD-I9,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, remaja berusia 12 hingga 17 tahun dan kanak-kanak yang belum div4ksin juga dibenarkan untuk menikmati kelonggaran rentas negeri walaupun belum menerima vksin COVlD-I9.

Beliau berkata, ia selepas mengambil kira faktor kanak-kanak masih tidak boleh diberi pelalian berkenaan.

Selain itu, katanya, tiada prosedur operasi standard (SOP) baharu akan dikeluarkan bagi kelonggaran berkenaan bagi negeri yang belum mencapai kadar vksinasi 80 peratus.

” Kita lihat kepada purata keseluruhan di seluruh negara apabila capai 90 peratus. Ada negeri (kadar vksinasi) yang lebih 100 peratus dan ada yang masih kurang.

” Bagaimanapun, tiada SOP baharu akan diperkenalkan (bagi negeri yang belum mencapai 80 peratus kadar vksinasi).

” Bagi kanak-kanak pula, ibu bapa merekalah yang sepatutnya tidak membawa mereka ke tempat perhimpunan ramai dan mereka boleh untuk rentas negeri,” katanya.

Sumber:bharian dan k0smo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*