‘Aku Melal4k Sampai SakitTerlantar Kau Buat Bod0. Rupanya Sedap Makan DuitHar4m’ – Fara Salleh

” Takkan khian4t adik sendiri kot?”

Demikian perkongsian Fara Salleh, wanita yang pernah dikaitkan dengan pelawak dan bekas penyampai radio, Shuk Sahar, di Instagram beliau yang menarik perhatian ramai.

Terdahulu, Fara memuatnaik perkongsian video sambil menangis-nangis kerana kehilangan kucing dan meminta bantuan orang ramai sekiranya terjumpa kucing kesayangannya itu.

” Maaf terpaksa post lagi. Saya merayu sangat share lah video ni sebanyak mana pun. Saya merayu untuk orang baik jujur pulangkan kucing saya.

” Kalau anda minta bayaran in shaa Allah saya akan usahakan bayaran untuk yang memiliki kucing saya. Saya cuma nak dia balik je.

” Saya tak pernah sesakit ini, dah 2 hari saya sakit terbaring keadaan saya teruk. Pulangkanlah saya merayu sangat. Baka Maincoone. Jantan. Dah sunat..” katanya.

Warganet ternampak kucing dia kena jual di FB

Sementara itu menerusi ruangan komen, ramai pengikut memaklumkan kepada Fara bahawa mereka ternampak satu posting di FB seorang individu yang memuat naik iklan mahu menjual kucing itu.

” Salam fara boleh tgk dm saya? Saya jumpa kat fb ada iklan nak jual mainecoon”

” Kucing ni ke yg kena jual kat fb tu? rasanya ada terbaca td..” tulis warganet

Kucing dijual abang sendiri!

Menjawab komen tersebut, Fara yang baru menyedari perkara itu memberitahu bahawa kucing beliau itu rupanya telah cuba dicual oleh abangnya sendiri!

” Abang sendiri yang jual. Nak kata kaki dad4h tidak. Tapi tah la kenapa nak buat macam ni.

” Dah tu berapa hari ni kenapa tak ngaku? Aku melal4k sampai sakit terlantar kau buat bod0.”

” Rupanya sedap makan duit har4m. Adik kottt.. sekarang ugut aku plak macam-macam. Aku dengan mak ayah sampai tengah malam tampal poster.

” Tiba-tiba ada orang dm hantar screenshot dajj4l yang jual kucing tu rupanyaaa… Allahuakbar” tulis Fara.

Terdahulu, nama Fara Salleh mula diperkatakan warganet kerana menjadi penyebab kepada keruntuhan rumh tngga pelawak Shuk Sahar dan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah.

Baru-baru ini, timbul pula desas-desus yang mendakwa Shuk sudah berkahwin dengan Fara Salleh.

Ketika ditemui OhBulan!, Shuk, 36, menafikan spekulasi yang bertebaran di media sosial.

Kata pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar, dia ingin menyelesaikan dulu ketegangan yang berlaku antara dirinya dan Rossalennah atau lebih mesra disapa Sera.

” Belum berkahwin. Pada saya, kalau nak buat apa pun berkaitan dengan hubungan saya, lebih baik saya selesaikan satu persatu isu yang ada dahulu. Hubungan saya dengan Sera pun tak tahu pengakhirannya macam mana.

” Jadi, saya sedang aturkan yang terbaik. Bukan untuk kehidupan saya, tetapi untuk semua pihak, daripada semua sudut, keluarga dan anak-anak.

” Doakanlah yang terbaik sebab saya pun dah penat nak cakap itu dan ini.

Ditanya sama ada dia mempunyai perancangan ke arah menghalalkan hubungan, Shuk ingin memberi fokus kepada perniagaan yang sedang dijalankan.

” Buat masa sekarang, saya punya perancangan hidup itu lebih kepada nak fokus bisnes. Tak fikir pun pasal hal lain.” kata Shuk.

Shuk berkata demikian ketika ditemui di gerai minuman Semooth sempena Fiesta Ramadan di Aeon Big, Seksyen 23.

Sumber:Instagram Fara Salleh

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*