Baru Jer Suami Mitak Maaf Kerana Tuduh Ebit Lew Buat Content Je, Akhirnya Terbongkar Perkara Sebenar

Kisah seorang wanita yang menerima hadiah motosikal jenis Yamaha Y15 (Ysuku) daripada Ebit Lew nampaknya terus hangat menjadi perbualan netizen.

Mana tidaknya, wanita dikenali sebagai Amy itu dikhabarkan bekerja sebagai walker Foodpanda demi membesarkan seorang cahaya mata selepas lama terpisah dengan suaminya.

Pada Selasa, seorang lelaki dikenali sebagai Fakhrul Rosli tampil bersuara, mendedahkan bahawa dia masih suami kepada wanita tersebut dan menafikan mereka telah berpisah.

Dia turut menegur Ebit yang dikatakan tersalah fakta berkenaan hubungan rumah tangganya, namun berkata mereka kini dalam proses penceraian di mahkamah.

Lebih panas, dia mendakwa Ebit sekadar membuat content apabila menyuruh isterinya berpakaian seragam pekerja Foodpanda sambil mendukung anak sebelum video pemberian motosikal itu tular di media sosial.

Pada Selasa malam, Fakhrul nampaknya membuat pusingan U (U-turn) apabila dia memuat naik permohonan maaf kepada Ebit atas dakwaan yang dibuat sebelum ini.

” Saya mohon maaf atas apa yang saya katakan berkenaan tuduhan Ustaz Ebit Lew hanya membuat content sahaja adalah tidak benar dan tidak sengaja sama sekali.

” Wallahu. Saya sendiri pun tidak tahu dan merendah diri memohon maaf atas semua kesilapan saya,” ujarnya menerusi Instagram Story.

Dalam kenyataan itu, dia juga memaklumkan sudah bercerai dengan isterinya selepas hadir ke mahkamah pada Selasa petang.

” Berkenaan dengan status saya dan Amy, kami bukan lagi suami isteri setelah dapat keputusan daripada mahkamah sebentar tadi.

” Saya mohon maaf sekali lagi untuk Ustaz Ebit Lew atas statement yang saya dah buat baru-baru ini.

” Benda ni first terjadi dalam hidup saya, of course rasa hilang kawalan tu membuak dalam diri saya dan terus buat sesuatu keputusan dengan perasaan yang bercelaru dan tanpa berfikir panjang.

” Saya juga memohon maaf kepada bekas isteri saya atas apa yang terjadi sekarang ni. Maafkan saya sekali lagi.

” Untuk info saya masih duduk berdekatan bekas isteri saya supaya senang untuk kami uruskan anak sama-sama. Doakan yang terbaik,” tulis Fakhrul.

Sebelum ini, Ebit dalam posting Instagram berkata dia berjumpa Amy yang sudah lama terpisah dengan suaminya sebelum menghadiahkannya sebuah motosikal Ysuku.

” Terjumpa adik Emy kerja menghantar makanan dengan berjalan kaki Panda walker. Juga pembantu sambilan sebuah restoran. Emy, 23 tahun anak yatim dan ada anak seorang.

” Suami dah lama terpisah. Masih proses mahkamah. Area Kerinchi Lembah Pantai.

” Terharu tengok adik ni muda lagi cari rezeki berjalan sana-sini. Ujian adik sabarlah. Di usia muda dengan ujian begini. InsyaAllah di sebalik ujian dan kesusahan kerana Allah sayang kita.

Katanya dah lama ingin jumpa ustaz. Hari-hari tengok ustaz suka tolong orang. Tiba-tiba Allah jumpakan di sini. Beri saya hadiah begini. Saya memang tengah kumpul duit nak cari rezeki beli motor.

” Semoga Allah jaga adik jadi wanita yang solehah dan anak menjadi anak yang baik dan hebat,” tulis Ebit di Instagram menceritakan semula ketika pertemuannya dengan wanita itu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*