Berjurai Air Mata Vida Bercerita Pasal Cik B. Hasrat Nak Kahwin Iqbal Tetapi Cik B Macam Tak Bagi Pula

Sejak beberapa hari ini ini kisah percintaan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida terus mencuri tumpuan ramai.

Malah Vida menerusi laporan sebelum ini mengakui bahawa dia sudah bersedia untuk berkahwin dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli.

Biarpun jarak usia yang jauh berbeza iaitu 22 tahun antara mereka, namun Iqbal seakan bersungguh-sungguh untuk memenangi hati Vida.

Dalam pada itu, orang ramai turut bertanya bagaimana penerimaan anak-anak Vida terhadap Iqbal.

Terbaru, Vida menerusi siaran langsung di Instagramnya semalam, memohon doa orang ramai supaya anaknya Cik B dilembutkan hati untuk menerima segala keputusan.

” Cik B perlukan masa, you guys boleh tolong tak, minta tolong doa.

” Doa saya ni ibu memang la insya-Allah makbul tapi nak makbul cepat supaya lembut hati Cik B dalam semua urusan.

” Termasuklah menjadi anak yang soleh, hebat, rajin bisnes, cantik, kurus dan berdikari,” katanya.

Menerusi siaran langsung itu, Vida dilihat turut menitiskan air mata setiap kali berbicara mengenai Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 16.

Malah, Vida yang kelihatan sebak telah beberapa kali cuba ditenangkan oleh pembantunya.

Sementara itu menerusi ruang komen, rata-ratanya setuju sekiranya Vida memberikan masa dan ruang kepada Cik B untuk berfikir.

Pun begitu, ada juga yang tidak bersetuju dengan perkahwinan berkenaan.

Terdahulu, Vida memaklumkan dia masih belum berani untuk memberitahu anak sulungnya itu tentang hasratnya untuk berkahwin dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli.

Justeru, Vida mahu khabar gembira itu diketahui Cik B menerusi laporan media, bukan dari mulutnya sendiri.

Cik B kemudian memberi respon sarkastik di Twitter hingga mengundang pelbagai reaksi warganet yang terhibur dengan telatah anak beranak itu.

Sekadar info, kisah Vida dan Iqbal mula menjadi sorotan ramai selepas pelantun lagu I Am Me itu membuat ujian kesuburan dan menyatakan hasratnya untuk memiliki zuriat.

Hal itu disambut baik oleh Iqbal yang sudah lama menaruh hati dan harapan kepada usahawan kelahiran Kelantan itu.

Terdahulu, Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 49 mengesahkan dia memang merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan Iqbal namun segalanya tertakluk kepada perancangan Tuhan.

” Saya sebenarnya malas nak beri komen sebab orang kita kuat mengata. Ada yang cop saya ged1k, tak sedar diri, kvbur dah panggil masih nak khwin. Tetapi soal jodoh inikan di ta­ngan Tuhan.

” Memang saya merancang untuk berkhwin tetapi ada beberapa syarat antaranya soal kesubvran dan anak-anak.

” Saya pun sudah beberapa kali melalui episod kegagalan rumh tngga, tidak mahulah perkara sama berulang,” katanya.

Mungkin kahwin awal tahun depan

Nama Vida dan Iqbal kembali diperkatakan selepas bekas pembantu peribadinya itu mendedahkan hbungan cinta antara mereka terjaIin semula selepas beberapa tahun terputus.

Namun pendedahan Iqbal turut menerima kec4man dan krit1kan hebat warganet yang mempersoal keikhlasannya men­dekati Vida semula dan usia selebriti popular itu yang kini menghampiri 50 tahun.

Bercakap soal perkhwinan, setakat ini Vida masih belum ada tarikh khusus berikutan situa­si pandemik yang meruncing, namun dia tidak menolak majlis akan berlangsung dalam tahun ini atau awal tahun depan.

” Perancangan itu ada tetapi tunggu sehingga selesai Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dan situasi pndemik di negara ini beransur pulih. Saya pun sudah melakukan ujian kesuburan jadi kita lihatlah nanti ya,” katanya.

Ditanya bila hbungan yang terputus di tengah jalan sebelum ini kembali terjalin, jelas Vida, dia dan Iqbal tidak pernah berhenti bertanyakan khabar sesama mereka dan akhirnya, membuat keputusan untuk bersa­ma semula.

” Kami setiap hari bertanyakan khabar walaupun sudah putus hbungan sejak 2018. Lama-lama, kami jadi rapat semula dan insya-Allah, jika ada jodohnya bertemulah nanti di pelaminan,” katanya.

Sumber:gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*