DJ Lin Akhirnya Buka MuIut Setelah Ramai Sangat Nak Tahu Pasal PU Azman

” Ape dah terjadi dengan cik man.. hallooo”

” Rasa macam tak percaya plak. Semoga kebenaran tersingkap.”

Demikian antara komen ditinggalkan di Instagram PU Azman ketika orang orang ramai berteka-teki siapakah pendkwah bebas yang ditahan r3man bagi membantu s1asatan terhadap beberapa kes am4ng sek-su4I.

Entah bagaimana nama juara program Pencetus Ummah (PU) musim kedua, Azman Syah Alias pula yang kena ‘petik’.

Sejak berita mengenai penahanan seorang selebriti lelaki terkenal dilaporkan pada Jumaat, ntizen mula mencari-cari mengenai individu yang dimaksudkan.

Menerusi laporan media, selebriti tersebut dir3man enam hari bagi membantu s1asatan kes am4ng sek-su4I fizikal terhadap beberapa remaja leIaki bawah umur.

Sus-pek yang berusia dalam lingkungan 40-an ditahan poIis pada Khamis sebelum dibawa ke Mhkamah Klang untuk permohonan tahanan r3man.

Menerusi perkongsian di Twitter, ada pihak mendedahkan sus-pek adalah seorang penceramah bebas, pengacara dan pelakon lelaki yang pernah memenangi program berkaitan ummah.

Klu diberikan telah menarik perhatian ntizen dan mereka mula mengaitkan PU Azman atau lebih mesra dengan sapaan Cik Man sebagai individu ditahan poIis.

Semakan di Instagram milik pendkwah bebas itu turut mendapati ntizen mula menyerang ruangan komen pada hantaran terakhir yang dibuat pada 3 September lalu.

Ini yang berlaku, program PU Azman diganti dengan orang lain

Sementara itu, selepas lebih tiga tahun segmen kerohanian kendalian pendkwah bebas, PU Azman iaitu Cik Man Nak Cakap bersiaran di stesen radio Suria FM, kini segmen itu dilaporkan sudah ‘bertukar tangan’.

Difahamkan, segmen kerohanian yang dibawakan setiap Jumaat itu kini menampilkan segmen bersama Ustazah Asni Mansor dalam program Morning Morning Suria kendalian Ajak, Shuib dan Suraya.

Segmen bersama Ustazah Asni Mansor itu bakal bersiaran esok selama satu jam bermula 8 pagi hingga 9 pagi.

Penggantian segmen itu bagaimanapun masih menjadi tanda tanya kerana pembabitan Azman sudah sebati dengan stesen radio berkenaan yang cukup mengiburkan hati pendengar.

Malah, segmen Cik Man Nak Cakap itu turut berjaya memberi pencerahan kepada setiap persoalan yang dibangkitkan pendengar setiap minggu.

DJ Lin akhirnya buka mulut

Kemunculan pendakwah bebas Asni Mansor menerusi segmen Morning Morning Suria pada pagi Jumaat menjadi topik hangat di media sosial apabila ramai bertanya tentang keberadaan Pencetus Ummah (PU) Azman yang sepatutnya mengendalikan segmen tersebut di Suria FM.

Rata-rata mula membuat spekuIasi ketiadaan PU Azman atau Cik Man disebabkan desas-desus yang mengaitkan dirinya dengan satu kes jnayah yang sedang hebat diperkatakan ketika ini dan kemunculan Asni sebagai penggantinya yang baharu.

Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin bagaimanapun meminta pendengar menghentikan spekuIasi yang tular berhubung perkara berkenaan termasuk membuat sebarang andaian berhubung segmen berkenaan.

Kata DJ Lin atau Roslinda Abdul Majid, ketika ini pihak stesen menjemput beberapa pendkwah bagi mengisi kekosongan segmen itu yang dikendalikan oleh Ajak, Shuib dan Suraya pada pukul 8 hingga 9 pagi.

” Buat masa ini, pihak Suria FM memang mengetengahkan atau menjemput beberapa ustaz atau ustazah untuk ke udara setiap Jumaat kerana kita tidak mahu segmen tersebut kosong.

” Pengisian program kena terus berjalan kerana segmen tersebut memiliki pengikutnya yang tersendiri setiap Jumaat,” katanya ketika dihubungi mStar.

Gambar: DJ Lin (kiri) dan Ustazah Asni (kanan)

Dalam pada itu, DJ Lin berkata, segmen berkenaan adalah laluan untuk para pendengar bertanyakan sebarang kemusykiIan tentang agama yang akan dijawab oleh ustaz atau ustazah jemputan.

Jelasnya lagi, segmen itu juga adalah sebagai tanggungjawab sosial Suria FM yang perlu diteruskan apatah lagi ia mendapat sambutan daripada pendengar Suria FM.

” Segmen itu memang kita beri laluan kepada ustaz atau ustazah berkaliber untuk menjawab sebarang soalan atau kemusykilan berkaitan keagamaan dalam kalangan pendengar.

” Jadi kita tetap teruskan dan mengundang beberapa tetamu jemputan supaya setiap pagi Jumaat pendengar mendapat manfaat daripada perkongsian pendkwah yang diundang ke konti radio.

” Minggu ini kita ada ustazah Asni Mansor, minggu depan mungkin ada ustaz atau ustazah lain untuk membantu masalah pendengar tentang agama Islam,” ujarnya.

Mengenai ketiadaan PU Azman mengendalikan segmen itu, DJ lin berkata pihaknya akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi dalam masa terdekat.

Sumber:mstar dan hmetr0

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*