‘Ditemui Penduduk Kampung Kira-Kira 40 Kilometer Dari Tempat Terakhir Dia Dilihat’

Terkini, m4yat seorang tentera berusia 27 tahun yang dikhuatiri Iem4s di Sungai Pahang, ketika menyertai Latihan Para Predator di Kampung Batu Bor, Ahad lalu, ditemui hari ini.

Menurut Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Ismail Abdul Ghani, m4yat Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa ditemui kira-kira jam 8 pagi.

” M4yatnya ditemui kira-kira 40 kilometer dari tempat terakhir dia dilihat pada Ahad dan pihak polis sudah dimaklumkan,” katanya.

Azrin menjalani latihan taktikal menyeberangi Sungai Pahang dari Kampung Batu Bor ke Kampung Bohor Baru ketika dia hiIang pada jam 4.40 petang, 29 Ogos lalu.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera digerakkan dan semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut menyertai operasi SAR.

Latihan Para Predator di sini membabitkan 1,900 anggota dan pegawai, serta 150 aset termasuk trak dan helikopter.

Sementara itu Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan penemuan m4yat anggota 10 Briged Para iaitu Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa yang Iem4s ketika menjalani latihan taktikal bagi Eksesais Para Predator dijumpai di Kampung Serengkam jam 8.15 pagi tadi.

M4yat mngsa ditemui oleh penduduk kampung kira-kira 40 kilometer dari lokasi kjdian iaitu di sekitar kawasan Kampung Batu Bor, Bera, Pahang.

” Allahyrham Lans Koperal Mohamad Azrin merupakan anggota tinjau dari pasukan Kompeni PANDURA (Para) yang dipercayai Iem4s dan hiIang ketika menjalani latihan penyusupan menyeberangi Sungai Pahang bagi Eksesai Para Predator siri 1/2021 di kawasan am, Bera, Pahang,

” Semasa kjdian, anggota sedang melaksanakan fasa latihan taktikal menyerberangi sungai di sekitar kawasan Kampung Batu Bor. Kjdian berlaku pada 29 Ogos jam 4.40 petang,” kata TDM dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, TDM berharap agar masyarakat tidak menyebarkan gambar-gambar penemuan m4yat Allahyrham bagi menjaga perasaan waris mngsa yang terlibat.

” TDM menzahirkan ucapan takziah buat isteri Allahyrham Mohamad Azrin iaitu Nor Aqila Syafiqa Safuan serta seluruh ahli keluarganya,

” TDM akan menghulurkan bantuan sewajarnya dari segala aspek dalam memastikan kebajikan keluarga tersebut,” ujarnya.

Beberapa hari lalu, keIuarga seorang anggota tentera yang hiIang dipercayai terjatvh ke dalam Sungai Pahang ketika menjalani latihan penyusupan bagi Eksesais Para Predator Siri 1/2021 menaruh harapan besar agar anak kedua daripada empat beradik itu ditemui dalam keadaan selamat.

Adik mngsa, Noor Suhada Mohamad Isa, 24, berkata, kali terakhir dia sekeluarga bertemu abangnya, Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa, 27, pada Januari lalu ketika anggota tentera itu pulang ke kampung di Kedah.

Menurutnya, abangnya yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik.

” Abang memang ada beritahu mengenai latihan di Pahang, namun tiada perubahan sikap yang ditunjukkan malah dia ceria se­perti biasa.

” Dia seorang yang penya­yang dan sangat disenangi kerana sikapnya yang suka membantu orang,” katanya ketika dihubungi K0smo! semalam.

Dalam kjdian kira-kira pukul 4.40 petang itu, Mohamad Azrin yang merupakan anggota Tinjau daripada Kompeni Pandura (Para) dikatakan sedang me­laksanakan Fasa Latihan Taktikal Menyeberangi Sungai di sekitar kawasan Kampung Batu Bor.

Difahamkan, Mohamad Azrin yang berasal dari Kedah dilaporkan terjatvh ke dalam sungai ketika melakukan aktiviti ber­kenaan.

Eksesais Para Predator merupakan salah satu eksesais yang dilaksanakan Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui 10 Briged (Para) yang berpengkalan di Kem Terendak Melaka.

Eksesasais berskala besar selama 14 hari itu melibatkan seramai 1,894 anggota tentera dengan 151 aset logistik TDM.

Sementara itu, TDM dalam satu kenyataan memberitahu, susulan kjdian yang menimpa Mohamad Azrin, pihaknya telah menggerakkan anggota bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR), namun tiada pe­nemuan sehingga kini.

“Op SAR bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 2 Pahang telah dilaksanakan di tempat kjdian semalam kira-kira pukul 4.50 petang.

“Op SAR ini turut juga dibantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang kampung di kawasan di mana mngsa kali terakhir dilihat,” ujarnya.

Terdahulu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berharap anggota Tentera Darat Malaysia (TDM), Lans Koperal Mohammad Azrin Mohamad Isa yang hiIang di Sungai Pahang ketika latihan, ditemui segera dan selamat.

Perkara itu dizahirkan beliau menerusi status dimuat naik di Twitter hari ini.

” Saya difahamkan operasi mencari dan menyelamat masih digerakkan dengan diketuai TDM dibantu pihak bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

” Tiada harapan lebih besar selain mahu Lans Koperal Mohamad Azrin ditemui dalam keadaan selamat,” katanya.

Menurutnya, beliau juga akan memastikan TDM melakukan apa jua yang terdaya dalam operasi pencarian itu bagi memastikan anggota yang hiIang segera ditemui.

” Panglima Tentera Darat juga berada di lokasi kjdian. Saya akan terus pantau rapat perkembangan ini. Marilah kita doakan semoga operasi ini dipermudahkan,” katanya.

Sumber:bharian dan k0smo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*