‘Ternampak Kelibat Lembaga Hitam..’ – Lagi Kjdian Warga Emas HiIang, Pnduduk Beritahu Ini Mereka Nmpak

KehiIangan seorang warga emas sejak lima hari lalu kekal msteri berikutan lelaki itu masih gagal dikesan walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan.

Ktua Polis Daerah Segamat Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, Ithnin Warsan, 79, diIaporkan gagal pulang ke rumah sejak Isnin lalu.

BeIiau berkata, pelbagai usaha sudah dilakukan untuk menjejak lelaki berkenaan termasuk pencarian di lokasi kerap dikunjunginya, kediaman kenalan dan kawasan sekitar kampung ini.

Sementara itu, waris keluarga Ithnin, yakin warga emas itu masih hidup namun tidak dapat dikesan sejak kehiIangannya pada 19 September lalu.

Keyakinan itu berdasarkan tiada sebarang bukti kukuh atau petunjuk jelas membuktikan perkara sebaliknya selepas pelbagai usaha pencarian dilakukan pasukan penyelamat, sukarelawan dan pengamal perubatan tradisional.

Anaknya, Noor Azali Ithnin, 44, berkata, keluarga sehingga hari ini berharap ada petunjuk atau sebarang bukti yang boleh mengaitkan KehiIangan Ithnin.

” Saya dan keluarga yakin bapa masih ada (hidup), sebabnya kalau diikutkan unit yang digerakkan (mencari) adalah unit terbaik daripada pelbagai agensi pasukan pencarian.

” Pencarian turut menggunakan unit anjing pengesan (K9) polis Segamat, tetapi masih belum jumpa.

” Kalau kata sudah tiada mungkin boleh ditemui dengan K9, tetapi sampai hari ini tak jumpa.

” Oleh itu kami beranggapan dia masih ada dan hidup. Moga akan ada petunjuk baru, ” katanya ditemui di Kampung Tungku Tiga di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, pihak keluarga tidak mampu mengekang desas desus yang disebarkan orang ramai di media sosial.

Sementara itu, Pegawai Daerah Segamat, Hasrin Kamal Hashim berkata, pihaknya akan menggunakan dron untuk mengesan Ithnin esok di beberapa lokasi sekitar kebun, hutan simpan dan kawasan terpencil sekitar Kampung Tungku Tiga, di sini.

Mungkin dipengaruhi unsur mist1k

Dalam pada itu, Azrul Iqmal Noor Azali, 23 yang juga cucu kepada Ithnin tidak menolak faktor KehiIangan Ithnin mungkin dipengaruhi unsur alam makhluk halus.

” Datuk tidak akan merayau atau pergi ke mana pun tanpa memaklumkan ahli keluarga terlebih dahulu terutamanya sebelum keluar bersiar-siar di waktu petang di kawasan sekitar kampung yang dikelilingi kebun kelapa sawit, belukar dan hutan simpan.

” Sebelum ini saya ada mendengar desas desus daripada penduduk kampung berhubung lokasi ‘keras’ di kampung ada kaitan KehiIangan datuk.

Ternampak kelibat Iembaga hitam bersaiz gergasi…

” Malah ada mendakwa ternampak kelibat Iembaga hitam bersaiz gergasi di belukar sekitar kampung ketika usaha mengesan datuk beberapa hari lalu,” katanya.

Azrul Iqmal berkata, selain berusaha mencari di merata tempat, ramai pengamal perubatan tradisional turut menawarkan bantuan mencari Ithnin.

” Ramai pengamal perubatan tradisional menawarkan diri termasuk dari luar Johor, tetapi usaha mencari masih lagi menemui jalan buntu,” katanya ditemui di Kampung Tungku Tiga di sini, hari ini.

Gambar: Azrul Iqmal menunjukkan mesej pengamal perubatan tradisional yang menawarkan khidmat pencarian datuknya

Malah anak lelaki mngsa, Noor Azali berkata, kehiIangan bapanya itu boleh dikatakan agak msteri malah mereka tidak menolak kemungkinan kaitannya dengan aIam ghaib.

” Biasanya, bapa akan masuk ke rumah sebelum azan Maghrib. Namun, pada hari kejadian, dia tidak masuk ke rumah sehingga jam 7.15 petang.

” Kami memanggil namanya di sekitar kediaman namun tiada jawapan.

” Sepanjang usaha kami mencarinya, ada ustaz memberitahu bapa ‘disembunyikan’ di sekitar kawasan kampung. Walaupun kehiIangannya penuh msteri, kami berdoa supaya bapa ditemui,” katanya.

Dia turut membuat Iaporan berkaitan kehiIangan itu di Balai Polis Segamat pada Selasa lalu.

Dalam pada itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki warga emas itu diteruskan dengan radius pencarian diperluaskan.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, berkata operasi SAR disertai anggota polis dan bomba.

Katanya, SAR akan memperluaskan radius pencarian kepada lebih dua kilometer jika mangsa tidak berhasil ditemui.

Sumber:hmetr0

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*