Baru Je Umum Bayaran BPR Fasa 3 Dikreditkan 28 Sept Ini, Sekali Ini Pula Terjadi Kat IG Ismail Sabri

Terkini, bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3 dan rayuan BPR akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 28 September ini secara berperingkat dan dijangka selesai pada 30 September 2021.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia akan memanfaatkan 3.6 juta penerima sedia ada kategori isi rumah dan pemohon rayuan BPR yang diluluskan membabitkan peruntukan RM2.82 bilion.

Ismail Sabri berkata, untuk fasa tiga, setiap penerima bakal memperoleh sehingga RM1,400, manakala penerima bayaran rayuan BPR akan menerima sehingga RM2,300 termasuk bayaran BPR tambahan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) bernilai sehingga RM500 bagi setiap penerima, mengikut kategori kelayakan masing-masing iaitu berdasarkan status perkahwinan, jumlah pendapatan isi rumah dan bilangan anak.

Menurutnya, pembayaran fasa tiga ini adalah penyaluran penuh baki nilai yang sepatutnya diterima penerima BPR dan rayuan BPR untuk meringankan beban mereka.

” Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutamanya kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sentiasa terbela.

” Antara lain, beberapa bantuan tunai seperti Bantuan Khas Covid-19 (BKC) dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) akan diberikan kepada penerima yang layak. Pembayaran bantuan itu dijadual akan disalurkan pada Oktober hingga Disember 2021.

” Penerangan lanjut berhubung pembayaran BPR Fasa Tiga ini akan diperincikan oleh Kementerian Kewangan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Perdana Menteri berkata, Keluarga Malaysia boleh merujuk kepada soalan lazim (FAQ) di portal rasmi BPR iaitu https://bpr.hasil.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Difahamkan bagi golongan BPR bujang, semua bayaran telah dilunaskan dan tiada lagi pembayaran bagi fasa 3.

Respon warganet di IG Ismail Sabri

Sementara itu, berdasarkan semakan di Instagram dan Facebook, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dilihat turut berkongsi maklumat mengenai pembayaran BPR fasa 3.

Pembayaran ini akan memanfaatkan seramai 3.6 juta penerima sedia ada kategori isi rumah dan pemohon rayuan BPR yang telah diluluskan.

” Saya yakin usaha yang dilakukan oleh kerajaan secara terus menerus ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban penerima BPR..” antara yang dinyatakan oleh Ismail Sabri.

Dalam pada itu, menerjah ruangan komen, rata-rata warganet menyambut baik pengumuman tersebut yang pastinya melegakan rakyat yang terkesan.

Tidak kurang juga yang masih keliru dengan proses pembayaran BPR fasa 3 ini dan bertanyakan soalan yang tiada kaitan kepada Perdana Menteri.

Bila boleh rentas negeri

Namun ramai pula yang bertanya bila boleh rentas negeri.

” Saya tak nak banyak, saya nak PM annouce boleh rentas negeri je.. dah 9 bulan terkurung dalam negeri. Paklong boleh melakukannya dengan lebih baik..” komen Ameeza.

” Kami nak rentas negeri paklonggg nak ziarah mak ayah apahal susah sangat nak lepas….puak kayangan merata dah rentas, harap sangat lagi 3 minggu dah boleh balik kampung,” tulis Izhar.

” Assalamualaikum PM. Sampai bila nak tahan yang dah cukup 2 dos pulang jumpa ibu bapa di kg? Dah dekat setahun ini. Tolonglah belas kasihan pada rakyat.” luah Matnep.

Semalam kerajaan menjangkakan kebenaran untuk rentas negeri akan dapat diberikan tiga minggu lagi.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi bayangan kebenaran rentas negeri bakal dimuktamadkan dalam 3 minggu lagi.

” Insya-Allah, kebenaran rentas negeri yang ditunggu-tunggu ramai akan diumumkan dalam masa terdekat.

” Apa perancangan yang kita lakukan bersama KKM itu kita harap dapat dijayakan dalam tiga minggu ini.

” Jadi sebelum ia (rentas negeri diumumkan), banyak perkara yang perlu difikirkan dari segi prosedur operasi standard (SOP) serta tanggungjawab agensi dalam melaksanakan pemantauan.” katanya.

Sumber:hmetr0 dan IG dan FB Ismail Sabri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*