‘Seperti Mimpi Disiang Hari’ – Azizul Hasni Dapat Hadiah Dari TMJ, Ramai Mula Berteka-Teki

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dianugerahkan hadiah secara peribadi oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini, berikutan kejayaan di Olimpik Tokyo.

Menerusi status terbaharu di Facebook HRH Crown Prince of Johor, Tunku Ismail berkenan menerima mengadap pelumba basikal trek profesional itu dan mengurniakan ganjaran.

” Tunku Mahkota Johor terima mengadap Dato’ Muhammad Azizulhasni Awang, pelumba basikal trek profesional dan pemenang pingat perak Olimpik pada hari ini, 7 September 2021 di Ibu Pejabat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim bagi mengurniakan ganjaran atas pencapaian beliau di Sukan Olimpik 2020 baru-baru ini. Allah Peliharakan Sultan,” tulis status terbaru itu.

Sementara itu menerusi hantaran di facebook, Azizulhasni berterima kasih atas jemputan berkenaan yang memberikannya peluang berkongsi pengalaman dan menyampaikan idea bagi pembangunan sukan berbasikal di Johor.

” Menjunjung kasih DYAM Tunku Mahkota Johor HRH Crown Prince of Johor diatas perkenan mencemar duli menjemput patik bersama Datuk Qobin untuk mengadap Tunku di JDT HeadQuarter.

” Patik amatlah terharu dan seperti bermimpi disiang hari kerana dapat bersama-sama dengan Tunku dan berkongsi pengalaman serta kejayaan di Olimpik Tokyo baru-baru ini.

” Patik juga menjunjung kasih di atas kesudian Tunku untuk mendengar idea dan pandangan patik dalam membangunkan arena sukan negara terutamanya sukan berbasikal di Negeri Johor.

” Patik amat berharap agar apa yang dihasratkan dapat dijadikan realiti dan semoga ia dapat di manfaatkan oleh seluruh warga sukan terutamanya mereka yang berada di Johor,” katanya.

Azizulhasni turut menjunjung kasih atas hadiah peribadi daripada Tunku Ismail.

” Patik akan ingat sampai bila-bila. Semoga Allah memurahkan rezki dan merahmati Tunku serta seluruh kerajaan Tunku,” katanya.

Adakah TMJ hadiahkan Ford GT bernilai RM2 juta buat Azizulhasni?

Sementara itu, menerusi ruangan komen di Facebook Azizulhasni, ramai warganet berteka-teki adakah hadiah yang diterima oleh jaguh lumba basikal negara itu adalah sebuah kereta ‘sport’, Ford GT.

Ini kerana dalam perkongsian itu, Azizulhasni turut memuat naik gambar beliau bersama kereta berkuasa tinggi itu.

Mungkin ramai bertanya perkara ini kerana menyedari harga kereta model ini bukan calang-calang dan dianggarkan bernilai RM2 juta!

” Agak-agak apa yang ada dalam beg goodies yang Tuanku Ismail bagi kat Datuk tu…. mungkin jersi dan cap.. atau adakah kunci kereta, ” tulis Joe.

” Waahhh…ganjaran dari TMJ ke tu??…Tahniah!” tulis Khairil.

” Ingat big bos TMJ nak bagi kurnia kereta tu kat Jijoe.. tapi kalau betul bagi memang rare abis..hehehe.. papepun TMJ memag terbaik..” tulis Syahrizan

” Dungun susah sikit nak bawak kereta ni Datuk, bonggol banyak sangat atas jalan hahaha.. Tahniah yer..” tulis Ariff.

” Terbaik Datuk…bergaya sakan tuu…taraf Datuk memang layak dah tuu… semoga bermanfaat dan memberi motivasi kepada etlet lain. Demi Malaysia..” komen Abd Rahim

” Jangan lupa Datuk lepas pinjam hantar balik yee, saya nak guna nanti,” tulis Latif

Dalam pada itu, tidak dinyatakan sama ada dari pihak Istana Johor atau pun Azizulhasi adakah hadiah yang dimaksudkan itu adalah kereta Ford GT tersebut.

Berdasarkan artikel Thevocket pada 25 May 2021, TMJ memiliki bukan satu, tetapi dua buah kereta Ford GT yang baru ini.

Dikatakan dua buah Ford GT milik TMJ telah sampai di Malaysia secara berasingan. Kedua-dua unit kereta tersebut mempunyai corak ‘livery’ yang berbeza.

Pada Disember 2020, buat pertama kali TMJ memperlihatkan Ford GT pertamanya mempunyai livery ‘68 Le Mans 2016 yang kebetulan warnanya sama dengan warna bendera negeri Johor,  merah, putih dan biru.

Pada bahagian hadapan kereta mempunyai nombor ’68’ dan perkataan ‘GT’ pada kiri kanan pintu kereta.

Dan sekali lagi TMJ memandu Ford GT ’68’ ini ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada awal bulan Mac lalu.

Sumber:bharian dan thevocket

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*