Terjawab Taktik Yang Digunakan Saj4t Hingga Berjaya LoIos ke Bangkok Dan Sembunyi di Kondo Mewah

Mmakai purdah dan niqab menjadi taktik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajad untuk mengelakkan dikesan pihak berkuasa selepas usaha memburunya dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang mendapat bntuan PoIis Diraja Malaysia (PDRM).

Dngan mengenakan pakaian sedemikian selain dibantu seorang lelaki, Nur Sajad melarikan diri dari rumahnya di Petaling Jaya, dekat sini, ke kawasan sempadan sebelum loIos ke Thailand.

Skuad Khas Harian Metro menjejaki semula laluan digunakan Nur Sajad yang dipandu arah lelaki terbabit yang dilaporkan menerima upah sebanyak RM20,000.

Sumber memaklumkan, selepas gagal hadir ke Mhkamah Tinggi Syariah di Shah Alam, waran tangkap terhadap usahawan kosmetik itu dikeluarkan mhkamah.

” Nur Sajad yang ketika itu sedang bersembunyi di Lembah Klang mula mencari jalan untuk keluar ke negara ini.

” Dia kemudiannya diperkenalkan kepada seorang lelaki yang mahir dengan selok-belok di kawasan sempadan sebelum bersetuju membayar RM20,000 sehingga selamat tiba di Bangkok.

” Lelaki ini dipercayai mempunyai dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Thailand. Siasatan lanjut sedang dilakukan,” katanya.

Mengulas lanjut, dengan bantuan lelaki itu, Nur Sajad dibawa menaiki sebuah kenderaan dari Lembah Klang ke Lebuhraya Utara Selatan (Plus) sebelum dibawa ke Padang Besar, Perlis.

” Sebaik tiba di Padang Besar, Nur Sajad dimasukkan ke gerabak kereta api barang sebelum loIos ke Padang Besar, Thailand bersama lelaki terbabit.

” Lelaki sama kemudiannya membawa Nur Sajad ke Hat Yai, Thailand. Dia (Nur Sajad) kemudiannya diserahkan kepada seorang lelaki yang membawanya hinggalah ke Bangkok, Thailand,” katanya.

Ditanya bagaimana Nur Sajad dan lelaki terbabit boleh melepasi sekatan jalan raya hingga ke utara tanah air, sumber itu memaklumkan, usahawan kosmetik itu loIos ke Thailand pada Mac lalu.

” Kita percaya Nur Sajad dan lelaki terbabit loIos ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

” Ketika ini kelonggaran diberikan untuk melakukan rentas daerah dan negeri. “Pihak berkuasa yakin dia loIos sebelum 18 Mac ketika PKPP kerana selepas itu (18 Mac) PKP kembali dikuatkuasakan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, sumber itu memaklumkan, siasatan mengenai Nur Sajad berjaya loIos walaupun gambarnya sudah diedarkan ke pasukan keselamatan yang menjaga sempadan negara sudah diperhalusi pihak berkuasa.

” Saya tidak mahu ulas bagaimana dia boleh loIos di Padang Besar, Perlis ke Thailand walaupun ketika itu kita sudah edar gambar dia.

” Tetapi yang pasti, taktik dia adalah memakai purdah dan niqab hinggalah dia berjaya loIos ke sana dengan bantuan lelaki terbabit,” katanya.

Ditanya adakah lelaki itu sudah dikenal pasti, sumber itu bagaimanapun enggan mengulasnya.

” Kita percaya individu ini mempunyai dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Thailand serta mahir selok-belok di kawasan sempadan negara terutamanya di Perlis,” katanya.

Terdahulu msteri ‘kehilangan’ usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajad kini terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu.

Penahanan Nur Sajad dilakukan pihak berkuasa negara gajah putih itu selepas mendapat maklumat mengenai keberadaan usahawan kosmetik di Bangkok, Thailand daripada pihak berkuasa Malaysia.

Sumber memaklumkan Nur Sajad, 36, ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki juga berperwatakan wanita warga Thailand ketika serbuan pihak imigresen.

Sumber:hmetr0

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*