Almarhum Tok Guru Nik Aziz Tetap Beratur Macam Orang Lain Sedangkan Beliau Adalah MB Masa Itu

” Arwh tetap beratur macam orang lain sedangkan beliau adalah MB masa tu..”

Demikian perkongsian penceramah bebas, Ustaz Abdullah Khairi mengenai akhlah terpuji Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sewaktu hayatnya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Ustaz Abdullah turut berkongsi gambar Almarhum yang sedang beratur untuk mengambil nasi bungkus meskipun beliau ketika itu memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.

” Tawadhu’ seorang manusia bernama Tok Guru Nik Aziz, arwh tetap beratur macam orang lain sedangkan beliau adalah MB masa tu tapi terap bersabar menunggu macam orang lain bahkan makan nasi bungkus macam rakyat biasa

” Kedudukan VIP tidak menghalalkan kita untuk pintas HAK orang lain. Tidak ada kemuliaan ke atas manusia melainkan taqwa kepadaNya

“Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu (al-Hujurat: 13)”

” Kita mungkin ada tak bersetuju dengan semua perkara dengan Tok Guru, tapi sifat tawadhu’ Tok Guru mesti dicontohi. Moga Allah merahmati Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz.” tulis Ustaz Abdullah.

Kisah Almarhum Nik Aziz dengan gaya hidup sederhana

Almarhum  Tuan Guru Nik Aziz telah meninggI dnia pada 12 Februari 2015 jam 9.40 pagi di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu ketika berusia 84 tahun.

Memetik artikel greenboc.blogspot, semasa hayatnya, Nik Aziz terus dengan gaya hidup sederhana di saat politikus lain hidup jauh lebih selesa selepas mendaki tangga politik.

Beliau bahagia di rumah kampung, walaupun ketika berjawatan besar dan mendapat kediaman rasmi. Memandu kereta lama, walaupun beliau boleh mendapat kereta mewah hanya dengan menyatakannya.

Ketika politikus lain memiliki gambar mereka yang penuh gaya di dalam dan luar negara, diiringi pengiring rasmi dan polis walaupun ketika urusan peribadi, Nik Aziz menjalani hidup dengan tawaduk.

Gambar dirinya yang diambil rakyat dan dimuat naik di internet langsung tidak menunjukkan gaya seorang politikus yang memegang kuasa.

Tiada gambarnya bercuti di pusat beli belah dan taman tema luar negara, bermain golf dengan Presiden negara luar atau menganjurkan majlis mahal di tempat yang juga mahal.

Yang ada hanya gambar beliau bersolat, berehat atau pun tidur di masjid, atau berjalan kaki ke masjid berhampiran rumahnya. Juga ketika membeli makanan dan minuman di warung tepi jalan, atau membacakan doa kepada bayi yang baru lahir apabila ibubapa datang berjumpa dengan beliau.

Gambar-gambar yang ada hanya menunjukkan seorang lelaki berumur yang hidup biasa, kecuali pakain rasminya ketika di pejabat. Malah, itu pun tidak cukup gah seperti yang sering dilihat.

Ketika mengundi sewaktu pilihan raya, beliau beratur menunggu giliran seperti orang lain.

Cukup banyak kisah tentang kehidupan dan gaya rendah dirinya di alam maya, serta yang tersebar dari mulut ke mulut oleh mereka yang pernah bertemu mata dengannya.

Satu kisah yang menjadi viral berhubung seorang individu yang berhadapan masalah apabila keretanya rosak di Kelantan. Beliau kemudian dibantu seorang lelaki berumur yang memandu kereta lama. Lelaki berumur itu menghubungi mekanik dan, menurut kisah itu, turut meminjamkan keretanya.

Hanya selepas diberitahu mekanik yang baru tiba, individu itu mengetahui bahawa lelaki berumur yang membantunya adalah Nik Aziz, Menteri Besar negeri itu.

Walaupun ada kisah serupa melibatkan politikus lain, serta gambar mereka yang penuh rendah diri dan berkhidmat kepada rakyat, saya sering menemui unsur jenaka di dalamnya.

Namun dengan Nik Aziz, deria jenaka saya tidak pernah terjentik, dan mata saya yang mampu mengesan helah politikus tidak mendapati apa-apa niat tersembunyi.

Sememangnya gaya penuh teladan itu telah menjadikannya seorang insan yang sering dipandang tinggi bukan sahaja oleh orang Islam, tetapi rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Ada yang harus diperkatakan tentang bagaimana tingginya penghormatan kepada beliau. Gelaran “Tok Guru”-nya – satu gelaran yang membawa penghormatan yang tidak dimiliki ramai.

Malaysia perlukan Tok Guru, dan tidak akan ada lagi tokoh seperti Nik Aziz Nik Mat.

Alfatihah.

Sumber:IG Ustaz Abdullah Khairi dan greenboc.blogspot

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*