Baru Semalam Iqbal Sembang Juta-Juta, Sekali Kacak Bagi Respon, ‘Kalau Camtu Kahwin Teruslah Esok’

Nampaknya bekas pembantu Datuk Seri Vida iaitu Ahmd Iqbal Zulkefli bekerja keras untuk memenangi hati anak-anak jutawan kosmetik itu.

SeIepas Cik B secara terbuka menghalang cinta ibunya itu, kini adiknya Muhammad Eric Zecquan Muhammad Amin, 14, atau lebih dikenali sebagai Kacak turut senada.

Ketika berkongsi pendapatnya tentang hal itu kepada mStar, Eric berkata Iqbal bukanlah calon yang sesuai jika ibunya mahu berkahwin lagi

” Ya betul… dia (Iqbal) sesuai jadi abang sahaja. Saya dengan Cik B sepakat” katanya kepada mStar.

Namun ketika ditanya tentang kenyataan Iqbal bahawa dia menangis sambil meminta supaya menjaga ibunya dengan baik seperti yang disiarkan mStar sebelum ini, Eric menafikannya.

” Saya tidak menangis, saya cuma berkata supaya jaga mama baik-baik.

” Mungkin cara saya mesej ketika itu nampak seperti saya menangis,” katanya sambil menggelengkan kepala.

Kacak turut menjelaskan penerimaan beliau sebaik mendengar berita mengatakan ibunya DS Vida yang bersetuju menerima lamaran Iqbal dan bakal berkahwin awal tahun depan.

” Mula-mula saya ingat macam tak betul.. kemudian bila tahu rupa-rupanya betul.. saya macam terkejut jugak lah, mama nak kahwin lagi sekali ke.”

” Saya terus pergi tanya mama betul ke, dan mama gelak-gelak dulu..pastu lepas saya tanya banyak kali baru mama cakap betul.

” Pada awalnya saya rasa tak setuju, macam tak boleh ni..tak nak bagi lah dan nak halang benda itu dari terjadi..

” Saya tak boleh buat apa-apa tapi saya berharap benda itu tak jadi. Saya cuma doakan agar benda itu (perkahwinan) tak jadi jadi..” kata Kacak sambil sedikit tergelak.

Kacak turut ditanya bagaimana perasaannya untuk menerima ‘papa muda’ seandainya perkahwinan antara DS Vida dan Iqbal benar-benar terjadi.

” Terus-terang saya cakap kalau betullah dia nak..betul-betul sayangkan mama, saya setuju jer.. sebab kita tahu cinta ini tak mengenal umur.. namun saya sedikit rasa tak suka kalau umur muda sangat.

” Kalau boleh saya nak umur yang sama dekat macam mama lah..” kata Kacak.

Berhubung penjelasan Iqbal sebelum ini yang mengatakan Kacak menangis supaya menjaga ibunya, ini respon Kacak.

” Saya ada tengok pasal vdeo di Mstar yang dia kata saya menangis.. saya tengok, lain macam dah ni..sebab saya tak menangis langsung, serius.

” Saya cuma cakap kalau dia nak kahwin jugak dengan mama, saya suruh dia jaga mama betul-betul..tapi saya tak mnangis pun..” kat Kacak.

Dalam pada itu Kacak ditanya berhubung kata-kata Iqbal sebelum ini yang sanggup untuk memberi duit belanja kepada beliau dan Cik B.

” Kalau dia kahwin dengan mama, dia harus bagi saya duit. Kalau boleh saya nak up sikitlah.. dalam RM50k sebulan sebab saya pun nak duit apa semua kan..

Kemudian wartawan mencelah dengan mengatakan Iqbal sanggup untuk memberi RM1 juta sebulan sekiranya Kacak dan Cik B bersetuju mengizinkan mama mereka berkahwin.

” Ishhh sejuta? Lain macam.. kalau macam tu proceed lah.. kahwin terus lah esok..” kata Kacak dalam nada berseloroh.

Bagaimanapun Kacak menjelaskan bahawa beliau hanya bergurau. Menurutnya apa yang paling pentinga adalah Iqbal perlu bersedia untuk menjadi suami yang baik kepada ibunya.

Apa yang jelas, ternyata Kacak sangat matang dalam menjawab segala soalan pihak media dan berdepan dengan segala kec4man orang ramai apabila berita mengenai DS Vida bakal berkahwin yang terlalu disensasikan oleh pihak media.

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*