‘Pandangan GeIap Seperti Waktu Malam..’ – Shahrizuan Sudah Ditemui Dan Dia Ceritakan Kjadian Sebenar

” Pandangan saya gelap seperti waktu malam…”

Itu kata-kata yang terpacul dari mulut pengawal keselamatan yang dilaporkan hiIang kelmarin selepas terserempak dan cuba mengejar pencvri kelapa sawit.

Muhammad Shahrizuan Pairon, 22, yang dilaporkan hiIang itu ditemukan dalam keadaan lemah terbaring di tepi jalan berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Hassan Yunos, Renggam di sini, 11.30 malam tadi.

Menurut bapa saudaranya, Adanan Baharudin, 61, dia bersyukur kerana anak saudaranya itu selamat.

Lelaki itu dijumpai oleh bapanya sendiri, Pairon Baharudin 56, yang melalui jalan berkenaan yang terletak kira-kira 12 kilometer dari lokasi mngsa dilaporkan hiIang, di sebuah ladang di sini.

” Adik saya dan keluarga termasuk isteri dan anaknya menaiki kereta dan motosikal menuju ke lokasi anak mereka hiIang dan setibanya di jalan berkenaan yang bersebelahan rel kereta api, dia terlihat kelibat seseorang di tepi jalan.

” Hatinya terdetik untuk berpatah balik dan memang betul anaknya sedang terbaring dan apabila ditanya apa yang berlaku, Muhammad Shahrizuan terpinga-pinga dan mengatakan sepanjang dia hiIang, pandangannya gelap seperti waktu malam.

” Dia turut mengingati pada waktu kjadian kelmarin ada sebuah lori cuba melarikan diri di pintu pagar dan dia mengejarnya tetapi sampai di satu simpang, lori berkenaan hiIang dan dia cuba berpatah balik ke tempat kerjanya semula, tetapi tidak nampak jalan keluar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhammad Shahrizuan Pairon, 22, (kiri, honda wave putih)

Adanan berkata, apa yang menghairankan keluarga, sepanjang kehiIangan anak saudaranya itu, bateri telefon bimbit dan minyak motosikalnya, masih berbaki.

” Ketika ditemui, perkataan yang terpacul daripada mulut Shahrizuan dia kelaparan dan mahu berehat,” katanya yang turut berterima kasih dengan semua pihak yang membantu misi mencari dan menyelamat anak saudaranya itu.

Terdahulu, media melaporkan pengawal keselamatan yang terserempak dengan kecvrian tandan kelapa sawit di sebuah ladang di Layang-Layang, di sini, gagal dikesan sejurus kjadian, kelmarin.

Adanan berkata, Muhammad Shahrizuan sebelum itu melaporkan kjadian menerusi Whatsapp kumpulan kerjanya, pada 7.22 malam.

Menurutnya, dia dimaklumkan dua rakan sekerja Shahrizuan yang bergegas ke lokasi mendapati pagar dirosakkan, namun palang pagar dalam keadaan bertutup.

” Apabila perkara berkenaan diberitahu kepada pihak pengurusan, majikan anak saudara terus membuat rondaan pencarian di lokasi, namun Shahrizuan gagal dikesan.

” Anak saudara saya bersama motosikal Honda Wave miliknya dan ‘pencvri’ tiada di lokasi itu, malah mereka turut menghubungi Shahrizuan tetapi gagal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, laporan polis berhubung kehiIangan itu turut dibuat, namun operasi pencarian membabitkan anggota Balai Polis Balai Layang-Layang dan anggota polis bantuan gagaI menjumpai Shahrizuan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata operasi mencari mngsa telah digerakkan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat juga telah diminta untuk menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Reaksi warganet

Sementara itu menerusi ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan warganet berhubung kjadian yang menimpa Adanan.

Antaranya mereka mengaitkan kjdian itu ada hubung kait dengan unsur m1stik.

” Kuat ilmu hitam si pencvri….dah lah cvri benda hram pastu main ilmu hitam.. jual buah sawit bagi anak bini makan duit hram, smpai bila nak buat camtu, bertaubatlah,” komen Izhar.

” Agak misteri.. ada dua kemungkinan yg berlaku.. mungkin ada unsur pukau yang dibuat pencvri, atau gangguan makhluk halus (kena sembunyi).. wallahualam,” komen Matnip.

Sumber:hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*