Terbaru, Aqish S0und Azhar Sulaiman Kat IG Dan Lepas Itu Dia Padam. Sekali Ada Org Sempat Sebar

Beberapa hari lalu, pelakon Azhar Sulaiman membuat hantaran di Instagram miliknya yang kini sudah dipadam memberi pandangan berhubung temu bual dibuat Aqish yang disifatkan tidak mendatangkan kebaikan.

Azhar, 50, turut mempersoalkan adakah ada pihak yang menasihati pelakon itu sebelum membuat pendedahan berkenaan selain berpandangan a1b keluarga perlu dijaga.

Netizen yang tidak berpuas hati dengan kenyataan itu kemudiannya turut mengheret anak perempuan Azhar iaitu Kasih Iris Leona dengan memintanya menasihati bapanya.

Dalam pada itu, Azhar dalam hantaran sama tepat berpegang teguh akan pendiriannya untuk menjaga a1b keluarga daripada pengetahuan umum.

Malah pelakon filem Abang 92 itu turut berkongsi petikan kata-kata daripada pendkwah terkenal Azhar Idrus.

” Wajib bagi seorang Islam untuk menjaga a1bnya sendiri dan orang lain.

” Tidak kira anda agama apa, adalah satu perkara yang bijak untuk tidak berkongsi rahsia keluarga anda secara terbuka.

” Apabila bercakap mengenai masalah maruah diri dan keluarga, selesaikan ia mengikut cara yang betul,” ujarnya.

Sebelum ini, pelakon veteran, Azhar Sulaiman yang melontarkan pendapat peribadinya mengenai isu pelakon remaja, Puteri BaIqis yang pernah mengalami g4ngguan sek-suaI oleh bapa kandungnya sewaktu kecil ternyata meraih perhatian ramai.

Mana tidaknya, Azhar menyifatkan pendedahan tersebut adalah satu a1b keluarga dan tidak wajar disebarkan kepada umum menerusi media sosial.

Azhar yang juga bapa kepada personaliti media sosial, Kasih Iris Leona mempersoalkan tndakan pelakon remaja tersebut sebelum melakukan pend3dahan sebegitu.

” Lepas dengar beberapa minit temu bual tersebut, Mami meminta rakan untuk menghentikannya (pend3dahan gngguan sek-suaI).

” Dalam kepala Mami terus terfikir, tiada manfaat diperoleh melalui temu bual tersebut.

” Tak ada sesiapa beri nasihat kepada dia (Puteri Balqis) dulu ke sebelum buat ni?” tulis Azhar Sulaiman pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.

” Mak dia okey ke pasal ni? Wartawan pun sepatutnya ada rasa bertanggungjawab apabila bertanya soalan sebab ada implikasi lepas rahsia terbongkar.

” Kadangkala ada rahsia yang nak simpan sampai m4ti sebab kerja kita sebagai selebriti. A1b keluarga dan kita perlu jaga,”tulisnya lagi.

Pelakon Azhar Sulaiman dikecam teruk selepas mengeluarkan kenyataan berhubung isu membabitkan aktres Puteri BaIqis yang didakwa menjadi mangsa amang sek-suaI bapanya.

Puteri BaIqis ‘s0und’ balik Azhar SuIaiman?

Pandangan Azhar menarik perhatian Puteri BaIqis untuk mempertahankan dirinya menerusi hantaran di Instagram Stories.

Kata pelakon remaja yang berumur 15 tahun itu, Azhar tidak memahami situasi dirinya yang berdepan pengalaman menjij1kkan pada usia mentah.

” Uncle, saya sedang berjauhan dengan ibu saya waktu ini, dan saya seorang. Adakah uncle tahu betapa susahnya waktu ini?

” Saya tak nampak apa yang uncle tulis ini sebagai rules. Saya lebih nampak ini emosi marah, geram, bengang.

” Kadang kala ada rahsia yang kita simpan sampai m4ti sebab kerja kita sebagai selebriti.

” Terima kasih atas nasihat uncle, tetapi saya tidak akan sesekali berkata demikian kepada adik-adik junior di luar sana yang sedang bergelut.

Dalam pada itu, Puteri BaIqis turut mengucapkan terima kasih kepada pelakon senior terbabit atas nasihat diberikan.

” Kamu sudah pun menulis nota ‘bvnuh diri’ kepada kami” tulis Puteri BaIqis.

Puteri BaIqis turut menulis dalam perkongsian berasingan yang mencuri perhatian ramai.

” Aku lebih rela menjadi anak pengutip sampah yang berilmu dari menjadi orang yang dungu.” tulis BaIqis yang pernah merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2014.

Berdasarkan semakan, status ditulis BaIqis itu sudahpun dipadam dari akaun Insta Story, Instagram beliau.

Azhar tampil mohon maaf

Sementara itu terbaru, Azhar Sulaiman tampil memohon maaf berhubung kenyataan yang dibuat mengenai kes Puteri BaIqis yang didakwa menjadi mangsa amang sek-suaI bapa kandungnya sendiri.

Azhar menerusi hantaran di Instagram turut meminta maaf sekiranya kata-katanya telah menggores hati Puteri BaIqis atau lebih mesra dengan sapaan Aqish selain berharap semua urusan pelakon remaja itu dipermudahkan.

” Salam Jumaat semua. Saya ingin memohon maaf kepada semua yang marah kepada saya sejak dua tiga hari ini.

” Aqish, Uncle Har ambil berat dan sayang Aqish. Uncle Har minta maaf kalau melukakan hati Aqish.

” Semoga segala urusan Aqish dan keluarga akan Allah SWT permudahkan,” tulis Azhar.

Sumber:fb azhar sulaiman dan IG Puteri BaIqis

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*