Rakaman Detik Keajaiban Seorng Kanak-Kanak 3 Tahun Ditemui Selamat Slepas Empat Hari HiIang di Hutan

Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan seorang ibu kepada kanak-kanak autisme yang menzahirkan rasa syukur apabila anak lelaki yang hiIang sejak empat hari, ditemui selamat.

Sewaktu ditemui kanak-kanak tiga tahun yang menjadi tumpuan ramai susulan kehiIangannya itu sedang duduk di tepi sungai sambil meraup permukaan air untuk minum.

Polis yang menggerakkan pencarian dengan helikopter yang dilengkapi peralatan ‘thermal imej’ bagaimanapun gagal mengesan kanak-kanak itu di lokasi yang dilaporkan hiIang di kawasan rumah keluarganya di New South Wales yang terletak kira-kira 150 kilometer barat laut Sydney, Australia pagi Jumaat lalu.

Pasukan penyelamat dan polis serta beberapa penunggang kuda yang menggiatkan pencarian pada hujung minggu bagaimanapun hanya menemui AJ Elfalak selepas helikopter memusatkan pencarian di kawasan itu pada Isnin.

” Dia sedang bersama kami. Dia selamat dan sihat. Itu yang penting.

” Terima kasih kepada semua. Doa saya dimakbulkan,” kata ibunya, Kelly Elfalak ketika ditemui wartawan di rumahnya di kampung Putty.

Ayahnya Anthony Elfalak memberitahu, anaknya digigit semut, terdapat ruam lampin dan meIecet. Katanya, anaknya itu mengalami sedikit caIar dan Iebam.

” Kami mencarinya di merata tempat, semua pihak termasuk SES (Pasukan Kec3masan Negeri) polis semua terlibat.

” Pada hari pertama hiIang, saya mencarinya dengan polis dan ini merupakan satu keajaiban,” katanya AJ ditemui di kawasan yang pernah dicari sebelum ini.

Paramedik memaklumkan AJ berada dalam keadaan baik namun dibawa ke hspital untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara polis menyifatkan, kemampuan AJ mencari air minum adalah faktor utama kelangsungan hidupnya di kawasan yang bersuhu serendah 6 darjah Celsius.

Dehidrasi adalah bah4ya terbesar yang dihadapinya.

AJ sedang berlutut di anak sungai ketika seorang pegawai perkhidmatan kecmasan negeri menghampirinya.

Sementara itu, polis menyatakan keadaan kawasan yang padat menyukarkan pencarian kanak-kanak terbabit yang kemudian dijumpai dalam jarak beberapa ratus meter dari rumahnya.

” Kanak-kanak itu duduk di anak sungai kecil dan sedang minum air.

” Dia dapat memerhatikan juruterbang dan anak kapal,” kata pegawai polis New South Wales, Brad Monk kepada wartawan selepas misi pencarian berakhir, semalam.

” Mungkin ketika pencarian, kanak-kanak itu sedang tidur. Ada banyak kawasan sekitar yang mungkin tersembunyi,” katanya.

Gambar video yang diambil dari atas helikopter polis menunjukkan kanak-kanak itu duduk berdekatan kolam air yang keruh di anak sungai yang mempunyai banyak batu, memakai baju berwarna terang dan menggunakan tangannya untuk meraup air ke mulut dan mukanya.

Pegawai Ambulans New South Wales, Gerry Pyke, berkata semangat kanak-kanak lelaki itu kembali pulih selepas dia bertemu semula dengan ibu bapanya.

” Yang ingin dia lakukan hanyalah makan dan menghabiskan tiga keping piza dan pisang sehingga kekenyangan.

” Pencarian budak austisme dan tidak berupaya bercakap, menjadi tajuk utama di seluruh Australia.

” Sungguh lega. Saya tidak dapat membayangkan betapa trauma pengalaman ini bagi AJ dan ibu bapanya,” kata Perdana Menteri, Scott Morrison dalam satu pesan di Twitter, semalam.

Kanak-kanak itu dibawa ke Hspital Maitland yang berdekatan sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Jurucakap Polis New South Wales menyatakan mereka sedang menyiasat keadaan berhubung kehiIangan anak itu.

Sumber:bharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*