Abang Arwah Syazlin Zainal Dedah Tanda Pelik Sebelum Arwah Pergi, ‘Itu Pertama Kali Dia..’

Pelakon Syazlin Zainal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2, jam 10.10 pada malam Jumaat.

Menurut abang sulung Allahyarhamah Syazlin Zainal iaitu Ezra Zaidi berkata perancangan untuk menyambut ulang tahun kelahirannya bersama-sama tidak kesampaian.

Kata Ezra, Allahyarhamah sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur pada Khamis lalu memandangkan hari jadinya pada 14 November namun siapa sangka ajal yang menjemput.

” Dia sudah berjanji nak sambut hari jadi kami sama-sama dan sepatutnya datang ke Kuala Lumpur semalam tapi tidak kesampaian,” katanya.

Ezra berkata demikian ketika ditemui sejurus usai upacara pengebumian jnazah Syazlin di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2.

Tanda-tanda pelik arwh sebelum pergi

Ditanya tanda-tanda pelik sebelum pergi buat selamanya, Ezra, 35, menyatakan buat pertama kali Allahyarhamah memuat naik gambar mereka bersama di media sosial pada 8 November lalu.

” Sejak dia bergelar selebriti, arwh sangat menjaga privasi kami sekeluarga dan tidak pernah memuat naik apa-apa gambar kami di media sosialnya.

” Tapi pada hari jadi saya 8 November lalu, itu pertama kali dia post dan tag sekali.

” Tak sangka pula itu menjadi petanda dia akan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.” katanya.

Dalam pada itu, Ezra memberitahu ketika dimaklumkan mengenai pemergian adik bongsunya itu, dia menyangka arwh ke luar kawasan untuk menjalani penggambaran.

Bagaimanapun apabila diberitahu Syazlin sudah meninggI dnia, dia segera ke Johor Bahru bagi mendapatkan kepastian berita tersebut.

” Masa diberitahu saya tengah kerja. Apabila sebut Syazlin sudah tiada atau pergi, saya ingat dia pergi kerja di luar kawasan seperti mana kebiasaan sebelum ini.

” Apabila sedar yang dia sudah meninggI dnia, saya bergegas ke Johor dan menuju terus ke balai poIis bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemat1an adik saya,” katanya.

Kata Ezra, Syazlin tinggal bersendirian di pangsapuri berkenaan namun sering berpindah randah bergantung lokasi dia menjalani penggambaran.

Memandangkan adiknya itu seorang yang menjaga privasi, mereka juga tidak mengetahui secara khusus tempat tinggal sebenar arwh.

” Dia memang tinggal bersendirian di Johor Bahru tapi kami tidak tahu lokasi sebenar rumahnya memandangkan dia sering berpindah,” jelasnya yang masih buntu dengan punca kemat1an arwh.

Dalam pada itu pada Jumaat, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisinor Raub Selamat mengesahkan seorang wanita m4ut dipercayai terjatuh daripada tingkat 22 di sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru.

Pihak poIis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan penemuan mayat wanita berusia 26 tahun di bahagian bawah pangsapuri kira-kira pukul 12.50 tengah hari.

Serah siasatan kepada pihak poIis

Dalam pada itu, Ezra enggan mengulas mengenai spekulasi punca Allahyarhamah jatuh dari tingkat 22 yang bertebaran di media sosial.

” Ikut laporan poIis saja. Kes ini pun masih dalam siasatan poIis. Kita tunggu nanti.

Pada Jumaat, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, mengesahkan Allahyrham m4ut dipercayai jatuh daripada tingkat 22 sebuah pangsapuri di kawasan Taman Iskandar.

Siasatan awal poIis mendapati tiada unsur jnayah dan kes terbabit diklasifikasikan sebagai m4ti mengejut (SDR).

Sumber:hmetr0 dan obulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*