Baru Sehari Tayang, Jumlah Kutipan Terkini Filem Abang Long Fadil 3 Buat Ramai Tak Sangka

Abang Long Fadil 3 ialah sebuah filem aksi komedi Malaysia 2022, siri ketiga dalam francais Abang Long Fadil dan sekuel kepada Abang Long Fadil 2 (2017).

Ia dibintangi oleh Zizan Razak, Jozan Raja Lawak, Elizabeth Tan dan Maya Karin. Seperti dua filem pertama dalam siri ini, ia diarahkan oleh Syafiq Yusof.

Ia merupakan spin-off yang memfokuskan pada watak Fadil yang diperkenalkan dalam filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof.

Filem ini menelan bajet sebanyak RM6 juta.

Ia pada asalnya ditetapkan untuk tayangan pawagam pada tahun 2020, tetapi ditangguhkan kerana pndemik C0VlD-I9 dan akhirnya diputuskan untuk memasuki pawagam Malaysia, Singapura, Brunei bermula pada 8 September 2022.

Sinopsis

Kisah Abang Long Fadil 3 bermula apabila Fadil (Zizan Razak) menerima tawaran menjadi perisik profesional di NSS (National Secret Service).

Bagi menumbangkan konspirasi jahat kumpulan kongsi gelap terbesar, SSO (Secret Society Organization) yang diketuai oleh Chow Han (Johan Raja Lawak), Fadil terlibat dalam kerjasama dengan Ejen Alice (Elizabeth Tan) menerusi misi terbaru yang lebih berprofil tinggi.

Bagaimanapun, kehadiran Yana (Tania Hudson), bekas kekasih Fadil, mengganggu misi NSS dan merumitkan keadaan.

Apabila Chow Han menyedari NSS mengintipnya, dia mengarahkan pembunuh upahan, King Cobra (AC Mizal) untuk menghapuskan Fadil dan Alice.

Abang Long Fadil 3 raih kutipan RM1.2 juta selepas sehari

Filem aksi komedi Abang Long Fadil 3 arahan Syafiq Yusof berjaya meraih kutipan ‘sneak preview’ semalam sebanyak RM1.2 juta.

Filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw terbabit yang akan ditayangkan secara rasmi di pawagam seluruh negara bermula 8 September turut menerima reaksi luar biasa.

Kebanyakan komen penonton menyifatkan filem itu antara karya komedi terbaik. Unsur lawak yang disuntik sangat mengagumkan mereka selain lakonan pelakonnya cemerlang.

Abang Long Fadil 3 adalah idea asal Syafiq Yusof sendiri. Terdahulu, Syafiq turut menghasilkan Abang Long Fadil 1 dan 2 serta mencipta fenomena tersendiri apabila sekuel kedua menjadi filem tempatan pertama raih kutipan pecah panggung melebihi RM18 juta.

Uniknya dalam ketiga-tiga sekuel Abang Long Fadil, penonton dapat melihat transisi tema berbeza termasuk dunia gangster, dunia mafia, dan perisikan.

Siri jelajah filem itu turut diadakan pada 10, 11 September di Johor dan Melaka manakala 16, 17, 18 September di Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi.

Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.

Respon penonton terawal

Berikut adalah review penonton terawal yang telah menonton Abang Long Fadil 3 di sneak preview semalam:

” OMG! Abang Long Fadil 3 is the entertainment blockbuster of the year! Great movie that is value for money. Ada action yang sangat wow! Comedy yang buat korang release from stressful life” tulis Afnan Shahrim

” Just watched Abang Long Fadil 3 Super Funn” tulis Ashley

” Abang Long Fadil 3 memang best. Semua watak punyai peranan penting tersendiri. Boleh bawak anak2 sebab ada serius dan banyak kelakar.. Rasa nak repeat lagi” tulis Siti Azlina Abdul Rahman

Abang Long Fadil 3 adalah idea asal serta diarahkan oleh pengarah muda berbakat besar, Syafiq Yusof.

Terdahulu, Syafiq telah menghasilkan Abang Long Fadil 1 dan 2 dan mencipta fenomena tersendiri apabila Abang Long Fadil 2 berjaya menjadi filem tempatan pertama yang menembusi kutipan pecah panggung melebihi RM18 juta.

Uniknya ketiga-tiga francais Abang Long Fadil, penonton dapat melihat transisi konsep cerita di mana francais pertama menonjolkan tema dunia gangster, manakala francais kedua ketengahkan Fadil dalam dunia mafia, dan naskhah terbaru paparkan Fadil dalam konsep spy.

Sumber:hmetr0, iluminasi dan gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*