‘Tiba-Tiba Nampak Jam Perdana Menteri Pakai, Nampak Cantik Pula’ – Aaron Aziz

Seutas jam tangan dengan corak celoreng yang dipakai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menarik perhatian netizen termasuk pelakon, Datuk Aaron Aziz.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Aaron atau nama lengkapnya Aaron Mustapha Aziz, 45, meluahkan rasa teruja dengan jam tangan bercorak ala tentera yang dipakai oleh Sabri ketika sambutan Hari Kebangsaan 2021 hari ini.

Pelakon itu turut meminta bantuan peminatnya untuk mencari maklumat tentang jam tangan tersebut.

” Abang nak tanya sikit. Siapa tahu ini jam apa? (merujuk jam tangan yang dipakai Sabri). Semua tahu kurta abang camo (singkatan untuk camouflage iaitu corak celoreng ala tentera), beg abang camo dan tudung isteri pun camo.

” Tengah menahan sak1t dekat hospital tiba-tiba nampak jam Perdana Menteri pakai. Nampak cantik pula,” katanya.

Menjengah dalam ruangan komen, pelbagai jawapan diberi oleh pengikutnya dalam Instagram tentang status jam tangan tersebut.

” Casio G-Shick GA-700CM,” ujar salah seorang pengguna Instagram.

” Submarine Watch. Ada tiga pilihan warna. Airforce (tentera udara), Army (tentera darat) dan Navy (tentera laut). Jam yang Perdana Menteri pakai, saya pun ada,” kata seorang lagi pengikutnya.

Dianggarkan jam tangan yang dipakai Ismail itu bernilai kira-kira RM400.

Bagaimanapun, seorang pengguna Instagram memberitahu bahawa jam tangan yang dipakai Perdana Menteri tidak dijual sembarangan dan hanya dipakai oleh anggota tentera dan polis sahaja.

” Pernah pergi sebuah ‘booth’ menjual jam ‘camo’ seperti ini. Tapi untuk tentera dan polis sahaja. Nak beli kena tunjuk kad pengenalan. Tak pasti 100 peratus, tapi penjual yang kata begitu,” kata pengguna Instagram itu.

Difahamkan, pelakon filem Ombak Rindu itu kini berada di salah sebuah pusat perubatan di ibu kota sejak malam semalam untuk mendapatkan rwatan selepas diser4ng sak1t pada sendi tengkuk yang dideritai sejak beberapa tahun lalu.

Pada May 2017, media pernah melaporkan Aaron Aziz mengelak untuk menjalani pembdahan dan lebih rela bergantung pada ubat-ubatan bagi mer4wat pnyakitnya itu.

Menurut Aaron, pnyakit yang dialaminya sejak 2013 itu menjadi lebih serius apabila beliau mendukung anaknya hingga menyebabkan bahu dan tangan kirinya berasa kebas.

” Saya mula perasan tentang pnyakit ini ketika mengacarakan program realiti Fear Factor Malaysia musim pertama, tetapi pada awalnya saya cuma menyangka ia lenguh-lenguh biasa.

” Lama-kelamaan kesak1tannya semakin terasa setiap kali saya mengangkat barang berat. Selepas berasa kebas waktu saya mendukung anak, terus isteri saya bawa saya ke hospital untuk mendapatkan rwatan.

” Doktor menasihatkan saya supaya menjalani pembdahan bagi memperbetulkan urat-urat yang tersepit tetapi buat masa ini saya lebih rela bergantung pada ubat yang dibekalkan bagi mengurangkan rasa sak1t,” katanya, lapor Utusan Malaysia.

Beliau pernah dikejarkan ke hospital disebabkan pnyakit itu ketika menjalani penggambaran filem Mr Perfect 10.

Aaron mengakui bahawa beliau tidak suka suasana di hspital dan takvt jarum, apatah lagi pembdahan yang menggunakan pisau.

” Bagaimanapun, mungkin saya pertimbangkan mengenai pembdahan itu selepas didesak oleh isteri dan rakan-rakan. Lagipun demi kesihatan saya juga,” tambahnya.

Walaupun sedang berhadapan dengan pnyakit tersebut, Aaron tidak menghentikan kegiatan lakonannya, cuma mengurangkan aksi lasak sahaja.

Sumber:k0smo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*